Saturday, October 17, 2009

WARNA PUTIH PELENGKAP VARIASI HONDA CR-V

HONDA Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan warna baru, Taffeta White bagi Kenderaan Sport Utiliti (SUV) CR-V generasi ketiga, baru-baru ini.

Warna berkenaan melengkapkan lagi variasi warna lain yang terdapat pada model berkenaan seperti Alabaster Silver Metallic, Crystal Black Pearl, Sparkle Gray Pearl dan Polished Metal Metallic.

Warna putih baru itu juga turut diperkenalkan bagi model Accord 2.0L dan 2.4L yang dilancarkan bulan lalu.

Honda CR-V memang antara pilihan SUV yang popular menawarkan ruang kabin luas dan selesa, serta cara pemanduan bersantai yang menyegarkan.

Jentera SUV berkenaan dijana enjin empat silinder 16 injap SOHC i-VTEC yang menawarkan 150 hp serta transmisi automatik lima kelajuan mampu memberikan imbangan terhadap prestasi, penggunaan petrol dan keselesaan pemanduan.

Ruang dalaman menerima sentuhan Honda yang memindahkan keselesaan dalaman sedan kepada model CR-V termasuk papan pemuka bergaya serta keselesaan bahagian tempat duduk termasuk ruang kaki untuk pemandu dan penumpang.

Teknologi unik Honda menerusi Real Time 4WD membolehkan kenderaan berkenaan dipandu menggunakan sistem pacuan roda depan untuk pemanduan biasa dan secara pintar mengalihkan kuasa ke roda belakang apabila diperlukan.

Ciri keistimewaan CR-V adalah ruang bagasi boleh dilaraskan dengan melipat tempat duduk belakang serta rak berkembar yang boleh dimanfaatkan untuk memuatkan pelbagai barangan.

CR-V dibekalkan dengan teknologi G-CON, sensor i-SRS untuk beg udara, Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) dan Edaran Daya Brek Elektronik (EBD).

Orang ramai kini boleh menempah CR-V dengan warna baru ini di mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Honda di talian 1-800-88-2020, atau melayari laman web Honda Malaysia, www.honda.com.my.

sumber daripada harian metro

No comments: