Sunday, January 31, 2010

MENCINTAI SUAMI, ISTERI ORANG HARAM

APAKAH boleh seorang perempuan itu mencintai suami orang. Adakah ia dikira berdosa.

SalmahTeluk Mas, Melaka

SEORANG ulama pernah ditanya soalan seperti yang saudari kemukakan iaitu, "Apakah cinta itu halal atau haram? Lalu ulama itu menjawab: "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."

Ia adalah jawapan yang didasari sebuah hadis yang masyhur iaitu, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara-perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya." (Riwayat Muslim no.4178)

Di antara perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami menyintai isterinya atau isterinya menyintai suaminya dan lelaki yang menyintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang menyintai lelaki yang meminangnya.

Dan di antara perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki menyintai perempuan yang bersuami, lalu lelaki itu hatinya asyik memikirkan wanita berkenaan. Hal itu boleh membawa kerosakan rumah tangganya dan kadang-kadang ia boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri.

Perkara itu juga, kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan dalam kehidupan wanita itu, menyebabkan fikirannya berserabut, mengganggu hati perasaannya serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. Kelakuan lelaki itu dikira berdosa. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW mengancam orang yang bersikap demikian dengan bersabda, "Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya." (Riwayat Abu Daud no.2177)

Contoh yang lain iaitu, wanita menaruh cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya. Ia sering terkenang dan sibuk memikirkannya. Sehinggakan sanggup berpaling atau tidak mempedulikan suaminya. Kadang-kadang mendorongnya untuk melakukan hal-hal yang lebih besar yang tidak dihalalkan syarak iaitu berzina dan seumpamanya.

Mungkin juga kalau tak berlaku demikian, ia boleh menggoncangkan hati dan jiwa sehingga mengeruhkan hubungan suami isteri. Sikap-sikap sedemikian sebenarnya tiada nilai sama sekali melainkan ia semata-mata mengikut keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu adalah seburuk-buruk yang disembah di muka bumi.

Kesimpulannya, wanita yang sudah bersuami wajib berasa cukup dengan suaminya dan reda kepadanya serta cinta yang sepenuhnya kepada suaminya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada lelaki lain dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat bertiupnya angin fitnah pada dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadam bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan

sumber daripada berita harian

MISTERI: JERAM BUNIAN UPIH GULING

Lubang Upih boleh memuatkan lelaki dewasa saiz normal.


Lekuk batu, kokokan ayam ghaib antara bukti kaitan sungai Jasin di Endau Rompin dengan dunia makhluk halus

BAGI dunia makhluk halus atau bunian, Orang Asli memanggilnya dunia dewa dewi. Itulah kepercayaan yang diwarisi sejak ratusan tahun dulu. Apapun gelarannya, ia tetap merujuk kehidupan di alam berbeza, tidak dapat dilihat pada mata kasar tetapi mereka dipercayai juga hidup seperti manusia, ada keluarga, ada perasaan cinta, marah, benci, dendam dan cemburu.

Dunia bunian itu dikatakan wujud di hutan Taman Negara Endau Rompin. Malah jika menjejakkan kaki ke Kampung Peta, pengunjung pasti akan dibawa ke satu jeram yang cukup cantik, unik dan menarik iaitu jeram Upih Guling yang terletak di Sungai Jasin dan dikatakan pernah wujud perkampungan orang bunian.

Kampung bunian itu dikatakan terletak kira-kira setengah kilometer dari kem perkhemahan Kuala Marong yang menemukan Sungai Marong dan Sungai Jasin. Pengunjung cuma perlu berjalan kaki meredah sungai dan denai hutan selama kira-kira 20 minit untuk sampai ke situ.

Di jeram Upih Guling misalnya, pengunjung boleh menemui kawasan berbatu hampar dan tebing yang dipenuhi lubang pelbagai jenis, pelbagai bentuk. Ada yang berair dan ada yang kering. Ada lubang besar yang boleh memuatkan kira-kira lima lelaki dewasa.

Bentuk unik itulah yang dikatakan menjadi tarikan pelancong kerana kawasan itu pernah dikatakan menjadi laluan pergerakan granit bumi jutaan tahun dulu, lalu menghasilkan bentuk muka bumi yang dilihat pada hari ini

Di antara tebing batu yang berlubang itu, adat satu lubang batu menegak yang mempunyai lubang di bahagian tepi bawah. Bentuknya menyamai kerusi tempat duduk pemandu kereta lumba Formula Satu yang mana kaki boleh dilunjurkan sebaik memasukinya.

Di dalam lubang itu ada dua batu yang boleh dijadikan alas tempat duduk kerana lubang itu mempunyai sedikit air. Saiznya boleh memuatkan badan seorang lelaki dewasa bersaiz sederhana. Lubang itulah yang dikatakan punca segala misteri bagaimana jeram berkenaan dinamakan Upih Guling dan Orang Asli turut mempercayai kawasan itu masih dijaga orang bunian hinggalah ke hari ini.

Mengikut cerita yang dikongsi penduduk orang Asli Kampung Peta, Seman Man, 43, kepada penulis, baru-baru ini, ratusan tahun dulu, seorang pemuda bunian, Upih sudah bertunang dengan gadis pilihan hatinya. Di mata tunangnya, Upih seorang yang cukup sempurna, sedap mata memandang, rajin dan cukup semuanya.

Namun hakikatnya, Upih tidaklah sebegitu baik seperti disangkakan tetapi bijak menyembunyikan tabiat buruknya yang suka menyabung ayam bersama rakan

“Setiap hari Upih keluar rumah, dikatakan keluar mencari rezeki tetapi sebenarnya dia menghabiskan masa di lokasi menyabung ayam. Selepas sekian lama berjaya menyembunyikan tabiat buruk menyabung ayam, akhirnya tembelang Upih pecah apabila tunangnya secara tidak sengaja terserempak Upih menyabung ayam di satu belukar berhampiran tebing sungai.

“Upih terkedu dan sangat terkejut dengan kehadiran tunangnya itu. Akibat terlalu terkejut dan menggeletar, Upih hilang imbangan badan lalu terjatuh dari tebing dan berguling-guling di atas batu sebelum tercampak ke dalam sungai.

“Selepas beberapa kali tenggelam dan timbul, Upih terus hilang dibawa arus dan gagal ditemui. Tempat Upih terjatuh itu membentuk satu lubang dan masih kekal hingga hari ini. Sebab itulah kawasan ini dinamakan Upih Guling,” katanya.

Selepas kejadian itu, penduduk Orang Asli sering mendengar kokokan ayam jantan di kawasan tebing sungai itu, tidak jauh daripada tempat Upih terjatuh. Mereka percaya ayam itu milik Upih dan berkokok mencari tuannya yang masih hilang hingga sekarang.

Walaupun mereka boleh mendengar dengan jelas kokokan ayam jantan itu, tetapi mereka tidak boleh melihatnya kerana percaya binatang itu juga hidup di alam dewa dewi dan bunyinya juga berbeza dengan ayam hutan jantan.

Di kawasan batu itu juga boleh dilihat susunan lubang tiga sebaris bermula sebesar saiz pemeluk lelaki dewasa, saiz dua kali ganda dan yang paling besar dianggarkan mempunyai ukur lilit bulatan dua meter persegi.

Lubang batu itu dipercayai tempat Upih dan rakannya memandikan ayam mereka sebelum dan selepas menyabung ayam sambil berehat di situ kerana kawasan berkenaan mempunyai susunan batu hampir rata, boleh memuatkan kira-kira 20 orang pada satu masa.

sumber daripada berita harian
Oleh Mohd Azis Ngah

CUTI DI SINGAPURA


Pakej beri peluang peserta melawat tempat menarik bersama Imran dan Adiputra

LAGU nyanyiannya, Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang begitu mendapat tempat di hati peminat tanah air dan turut mempopularkan Imran Ajmain yang berasal dari Singapura.

Kehadirannya tidak hanya berbekalkan bakat nyanyian dan hasil karya seninya, tetapi turut memberi peluang kepada peminatnya mengenali keunikan Singapura sebagai destinasi percutian baik sebagai syurga beli-belah mahu pun menjamu selera

Malah, Imran, 28, turut mengakui ada peminatnya yang bertanyakan keistimewaan Kota Singa itu.

Baginya, banyak tarikan dan keistimewaan yang pasti menggamit kehadiran pengunjung luar untuk bertandang ke Singapura. Selain penduduknya yang berbilang kaum, keunikan lain Singapura dapat dilihat menerusi kebudayaan, tinggalan sejarah selain syurga beli belah dan makanannya.

“Sekalipun ramai yang saya temui tidak pernah berkunjung ke Singapura, namun mereka tahu antara sajian istimewa yang ada di sini adalah sup tulang merah. Juadah ini boleh dinikmati di Beach Road. Ramai yang bertanyakan rasa dan keenakan sebenar sup itu.


“Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Singapura, jangan lepaskan peluang menikmati makanan istimewa yang terdapat di sini seperti ketam masak cili, mee rebus, mee soto, gado-gado, kacang phoul dan sup bola kentang,” terang Imran mengenai sajian yang sering dinikmati di Singapura, khususnya di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Imran, kepuasan menjamu selera tidak lengkap jika keinginan mendapatkan pakaian, beg dan barangan lain yang sudah menjadi satu kemestian, tidak ditunaikan.

Syurga beli-belah Singapura pula tidak hanya tertumpu di Orchard Road, Bugis Street dan Geylang Serai tetapi hampir di setiap kawasan penempatannya turut menawarkan peluang membeli belah bagi pengunjung.

Sudah pasti, antara destinasi beli-belah paling popular di Kota Singa ini adalah Mustafa Shopping Centre di Little India yang menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga yang berpatutan. Pusat beli-belah ini menjadi tumpuan utama bagi mereka mahukan wangian dan barangan keperluan penjagaan diri pada harga murah

Mereka yang mahu mencari barangan elektronik pula tidak harus melepaskan peluang mengunjungi Funan Center.

Tarikan yang dikongsi Imran itu adalah sebahagian pakej pelancongan Uniknya Singapura, dari 7 November hingga 3 Januari depan.

Kempen yang memasuki tahun ketiga itu adalah anjuran Lembaga Pelancongan Singapura (STB) yang bertujuan menggalakkan dan mempromosi Singapura sebagai destinasi percutian sesuai dan menarik untuk sekeluarga, khususnya di kalangan masyarakat Melayu.

Seperti tahun sebelumnya, pelawat beragama Islam boleh menempah pakej-pakej pelancongan halal ke Singapura yang termasuk tarikan popular untuk sekeluarga serta tempat untuk menikmati sajian halal.
Pakej Uniknya Singapura 1 menawarkan percutian tiga hari dua malam di Singapura hanya pada harga RM630 untuk seorang dewasa dan RM470 untuk seorang kanak-kanak.

Pakej ini termasuk kos pergi-balik menaiki bas; penginapan di Hotel Fragrance Imperial atau hotel lain yang setaraf dengannya termasuk sarapan pagi untuk tiga hari, makan tengah hari untuk satu hari dan makan malam untuk satu hari.

Turut disediakan, tiket untuk menaiki Captain Explorer dan FunVee Open Top Bus, tiket masuk ke Jurong Bird Park, Sentosa Merlion Tower, Images of Singapore, Songs of the Sea, Sentosa 4D Magix dan lawatan ke tempat membeli belah kegemaran ramai di Singapura iaitu Orchard Road.

Pakej Uniknya Singapura 2 pula menawarkan percutian tiga hari dua malam pada harga RM659 untuk seorang dewasa dan RM529 untuk seorang kanak-kanak. Pakej kedua ini termasuk kos pergi-balik menaiki bas, penginapan di Hotel Value atau hotel lain yang setaraf dengannya, tiket masuk ke Songs of the Sea di Pulau Sentosa dan lawatan ke Central Business District, City Hall, Merlion Park, The Esplanade, Orchard Road dan Vivo City.


Keistimewaan pakej tahun ini yang berbeza dengan kempen lalu adalah kerana ia disertai dua selebriti popular iaitu Imran dan Adi Putra.

Imran dan Adi Putra akan menemani peserta yang mengikuti pakej pelancongan secara berkumpulan melawat tempat menarik di kampung halaman mereka di Singapura.

Imran akan menemui peserta kumpulan pakej percutian yang bertolak pada 6 November sehingga 8 November, manakala Adi Putra, pelakon TV drama ‘Spa Q’ dan filem ‘1957 Hati Malaya,’ akan menemui kumpulan yang akan ke Singapura pada 21 dan 22 November.

Untuk pelancong Malaysia yang tidak ingin menyertai program melancong secara berkumpulan ini, mereka boleh mengambil kesempatan menerusi tawaran hebat untuk tiket penerbangan, kadar bilik hotel serta tiket masuk ke destinasi kegemaran yang ditawarkan hanya untuk rakyat Malaysia.

Sepuluh destinasi menarik di Singapura akan menawarkan promosi 2+2, yang mana pelancong akan menerima dua tiket masuk percuma untuk kanak-kanak atau orang dewasa dengan pembelian dua tiket masuk orang dewasa ke tarikan itu.

Tempat menarik yang menawarkan promosi 2+2 ini termasuk Singapore Flyer, DUCKtours, City HiPPo, HiPPo River Cruise, Chinatown Heritage Centre, Sentosa Imbiah (Merlion, CineBlast, Butterfly Park, Sentosa Nature Discovery Guided Tour), Sentosa Beach (Segway, Luge, Wave House) dan The MINT Museum of Toys.

Hotel di Singapura seperti Aqueen Hotel Balestier, Link Hotel Singapore, Cityhub Hotel, Value Hotel Thomson, Strand Hotel, dan Classique Hotel turut akan menawarkan harga istimewa untuk rakyat Malaysia.

Tempah bilik untuk malam pertama dan kedua pada kadar yang biasa dan kadar bilik untuk dua malam selanjutnya adalah pada setengah harga. Kadar bilik bermula dari RM175 hingga RM430.

Sempena kempen ini, syarikat penerbangan juga menawarkan promosi penerbangan dari Malaysia ke Singapura pada harga yang berpatutan seperti Firefly yang menawarkan tiket penerbangan percuma dengan pembelian pakej percutian.

Pelancong hanya perlu menentukan hotel pilihan bertaraf tiga hingga lima bintang. Kadar bilik bermula daripada RM485 dan tempoh untuk membuat tempahan mulai 1 November hingga 14 November.

Penerbangan tambang rendah, Air Asia turut menawarkan tiket penerbangan pada harga serendah RM25 (sehala) ke Singapura dari pelbagai destinasi di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Tempoh tempahan bermula 6 November hingga 31 Disember ini.

Maklumat lanjut, hubungi Lembaga Pelancongan Singapura di 03-2142 7133 atau laman web visitsingapore.com/us.

sumber daripada berita harian
Oleh Haryani Ngah

GUILIN 'SYURGA' CHINA


Membeli roti dijual Cina Muslim.

Destinasi yang terletak di timur laut China, popular sebagai destinasi wajib pelancongan kerana tarikan keindahan semula jadinya seperti bukit batu kapur, sungainya yang jernih serta deretan pusat membeli-belah.

MENGEMBARA pada usia muda tidak asing di telinga kita tetapi sekiranya ia membabitkan warga emas, pasti kita kehairanan dengan kekuatan mental dan fizikal mereka. Selalunya ramai yang melancong mengikuti rombongan kerana semua penginapan, pengangkutan dan tempat makan di atur untuk mereka.

Namun, berbeza sekali dengan dua warga emas ini kerana menyahut cabaran anak lelaki mereka untuk mengembara ke Guilin, China. Apa yang dilalui Haron Siken, 71, dan isterinya Ramnah Othman, 64, pada 7 hingga 10 Januari 2010 yang lalu memang tidak terfikir oleh mereka sendiri. Pengembaraan mereka yang dibawa anak lelaki, Zulkeflee, pada musim sejuk bukan saja membuka minda malah lebih membuka mata setelah mendapat pengalaman berharga.

Penulis yang turut menyertai rombongan mereka, mengagumi semangat pasangan ini apatah lagi Guilin bukan sembarangan tempat kerana memerlukan kekuatan tenaga untuk meninjau keunikannya, termasuk di kawasan berbukit bukau selain keadaan cuaca yang agak sejuk.

Namun, keistimewaan Guilin yang disifatkan sebagai kota ‘syurga’ China kerana pemandangannya yang amat indah dan dianggap destinasi wajib dikunjungi pelancong asing, boleh menghilangkan rasa penat sekelip mata. Tarikan utamanya adalah bukit batu kapur dan sungai jernih yang sering kali menjadi subjek paparan lukisan dan kerja kaligrafi China.

“Pengembaraan bermula dari Kuala Lumpur lagi apabila kami bertolak seawal 2.30 pagi untuk ke KL Sentral seterusnya ke LCCT bagi mengejar penerbangan 6.40 pagi ke Guilin,” cerita Haron, bekas pesara Telekom berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka. Tidak mahu menyusahkan sesiapa menghantar dan mengambil di lapangan terbang, semua perancangan diatur sebaik mungkin. Jumlah beg yang dibawa juga dicatu untuk memudahkan pergerakan masing-masing.

Setibanya di Lapangan Terbang Liangjiang, cuaca dengan suhu 5 darjah Celsius menyambut kami. Dari bandar Guilin kami ke Yangshuo pula, sebuah pekan kecil yang sangat indah pemandangannya. Anak kami mahu kami merasai perjalanan menaiki bas bersama-sama rakyat tempatan yang menjalankan urusan seharian mereka. Agak lega di dalam bas kerana ada alat pemanas.”

Di Yangshou, Haron dan Ramnah melihat keindahan pekan kecil yang popular dengan bukit batu kapur yang tidak terkira banyaknya. Mereka juga berpeluang menaiki rakit menyusuri Sungai Luyong bagi perjalanan 45 minit pergi dan balik.

“Paling mengujakan, kami suami isteri menyewa motor elektrik yang kelajuan maksimum 35 kilometer sejam. Sesuatu yang tidak terfikir dilakukan pada usia sebegini tetapi anak kami meyakinkan, sudah sampai ke negara orang mengapa tidak mencuba!”

Di Yangshou, selain bekalan makanan yang dibawa, mereka juga mengunjungi satu-satunya restoran Muslim di pekan itu dan pertama kalinya Haron dan Ramnah merasai masakan orang China. Inilah pertama kali mereka melihat warga Muslim Cina dan dapat merasakan kemesraan mudah terjalin sebaik saling bertukar salam

“Dua hari di Yangshuo, kami menaiki bas ke Guilin pula. Di Guilin, restoran Muslim lebih banyak kerana penduduk Muslimnya yang ramai. Kami juga melawat beberapa masjid dan sempat bersolat Zuhur di sebuah masjid di Jalan Minzu. Ketika berwuduk saya terkejut kerana di situ ada disediakan air panas untuk kemudahan jemaah di musim sejuk.”

Biasa bergaul dengan masyarakat China di Malaysia, Haron dan Ramnah agak tergamam melihat orang China di negara Tembok Besar itu. Ini kerana sukarnya berkomunikasi dengan mereka kerana rata-ratanya tidak langsung tahu berbahasa Inggeris.

Ramnah, ibu empat anak memuji makanan China Muslim dan tergelak mengingatkan kenangan suaminya belajar makan nasi menggunakan penyepit kayu. Namun Haron cepat belajar dan mula seronok menggunakan penyepit berkenaan.

“Berbelanja di China memang seronok kerana harganya yang murah. Anak saya pula memang handal tawar menawar walaupun tidak tahu berbahasa Mandarin dan sekadar menulis angka di kertas,” kata Ramnah sambil menambah mereka teringin pula ke negara sama di musim panas dan juga ke Beijing untuk melihat tembok China.

Mengembara pada musim sejuk, pakaian berlapis termasuk jaket musim sejuk, penutup kepala, stokin dan juga sarung tangan yang perlu dipakai sepanjang masa. Memang ia merimaskan tetapi tentu saja tidak dapat ke mana tanpa mengenakan semua perlindungan itu.

“Membawa orang tua berjalan perlu banyak kesabaran. Saya mengikut rentak mereka, berhenti ketika penat dan juga memastikan perkara-perkara lain terjaga seperti menjaga makan minum mereka. Setiap kali berjalan saya membawa bekalan air dan biskut, melapik perut sekiranya mereka lapar kerana gerai halal yang terhad.

“Mereka memang akan berbelanja sakan kerana barang-barang yang murah. Barang yang hendak di bawa pulang empat kali ganda dan tenaga yang membawanya pula hanya saya seorang. Namun, demi menggembirakan hati orang tua, saya melakukannya dengan penuh rela,” kata Zulkeflee, 41, anak kedua dari empat beradik.

INFO: Guilin
* Terletak di timur laut Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China
* Nama Guilin bermaksud hutan bunga Osmanthus yang harum dan banyak di sini
* Ada 30 kawasan pemandangan indah, termasuk bukit batu kapur, sungainya yang jernih
* Tarikan unik seperti Bukit Belalai Gajah yang juga simbol bandar ini kerana menyamai mamalia itu sedang minum di Sungai Lijiang


sumber daripada berita harian

RAKYAT HAITI USAHAKAN SENDIRI BINA RUMAH


SEORANG paderi Katolik mengetuai upacara pengkebumian mangsa-mangsa gempa bumi Haiti yang gagal dikenal pasti identiti dari rumah mayat hospital Port-au-Prince dalam kubur besar di luar bandar itu, kelmarin. - AFP

PORT-AU-PRINCE 30 Jan. - Penat menanti bantuan pembinaan semula Haiti yang masih belum dimulakan, mangsa gempa bumi mula mengumpulkan longgokan kayu dan tin di lereng-lereng bukit yang curam bagi membina kediaman baru di atas rumah mereka yang musnah akibat bencana gempa bumi.

Keengganan untuk menunggu lebih lama itu menggambarkan kemarahan dan kekecewaan di kalangan rakyat Haiti yang mengatakan pemimpin mereka serta sebarang pelan pembinaan semula masih belum dirancang, lebih dua minggu selepas gempa bumi pada 12 Januari lalu, memusnahkan atau merosakkan beribu-ribu rumah di ibu negara itu.

Tidak banyak khemah dibekalkan, runtuhan bangunan masih bertaburan di jalan-jalan raya dan papan tanda merayu bantuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa tempatan boleh dilihat di mana-mana.

Menteri Budaya dan Komunikasi Haiti, Marie-Laurence Jocelyn Lassegue berkata, masa sebulan lagi mungkin diperlukan bagi memperoleh 200,000 khemah yang diperlukan rakyat Haiti yang hilang tempat tinggal.

Haiti kini hanya menerima kurang 5,000 khemah.

Di sebuah kawasan yang sesak dan kotor dekat Canape Vert sebuah lokasi yang terjejas akibat gempa bumi, berpuluh-puluh mangsa mengerah tenaga bagi membina kembali kedia

"Saya mempunyai kenangan selama 44 tahun di rumah ini. Saya kahwin di sini, bertemu suami di sini, ibu saya pernah mengikat tocang rambut saya di sini.

"Walaupun tidak selamat, saya tidak dapat bayangkan sekiranya saya terpaksa tinggalkan tempat ini. Biarpun kerajaan akan membantu, masanya sudah lewat. Inilah Haiti," kata Noel Marie Jose, 44.

Proses pembinaan semula, penempatan semula serta perkara berkaitannya adalah keutamaan kerajaan Presiden Rene Preval, namun setakat ini ia hanya dicanangkan tanpa disusuli tindakan.

Kerajaan Haiti hampir lumpuh akibat gempa bumi tersebut di mana kediaman rasmi Istana Presiden turut musnah. - AP

sumber daripada utusan malaysia

AZIZULHASNI, ATHIAH SELAMAT DIIJABKABUL


MOHD. Azizulhasni Awang (kanan) tenang pada majlis akad nikah dengan Athiah Ilyana Abd. Samat di Persiaran Bukit Meru dekat Ipoh, semalam. - Bernama


IPOH - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Athiah Ilyana Abd. Samat dalam majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan dekat Meru Heights, semalam.

Dengan mas kahwin RM2,000 dan seutas rantai emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Zaini Bakri pada pukul 11.30 pagi selepas bertunang setengah jam sebelum itu.

Azizulhasni, 22, yang pulang dengan kejayaan meraih pingat emas acara keirin Kejohanan Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu sah menjadi suami kepada Athiah, 24, dengan tiga kali lafaz.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna kuning.

Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan yang terjalin sejak 2007 itu dikukuhkan dengan ikatan perkahwinan.

Menurut Azizulhasni yang mendapat jolokan The Pocketrocketman, walaupun sudah bergelar suami, fokusnya masih terhadap Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 24 hingga 28 Mac ini.

''Walaupun baru lepas bernikah tetapi saya terpaksa pulang ke Melbourne, Australia pada 7 Februari ini untuk kembali menjalani latihan bagi memberi fokus kepada Kejohanan Dunia di Denmark," katanya.

Katanya, setakat ini, dia dan isteri belum memikirkan mengenai percutian berbulan madu.
''Kami hanya akan tentukan tempat untuk berbulan madu selepas majlis resepsi," ujarnya.

Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada Disember ini selepas berakhirnya Sukan Komanwel di New Delhi pada Oktober ini.

Dalam pada itu, Athiah Ilyana pula menyatakan bahawa dia sejak awal lagi sudah bersedia menjadi isteri kepada seorang atlet sukan negara.

Katanya, apa yang penting ialah Azizulhasni dapat mengimbangi tanggungjawab terhadap negara dan keluarga.

''Saya juga berharap dia (Azizulhasni) mendapat pingat emas dalam semua kejohanan termasuk Kejohanan Dunia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel,'' katanya.

Azizulhasni dan Athiah berkenalan melalui laman web rangkaian sosial Friendster pada Julai 2007 sebelum menjalinkan hubungan serius selepas Sukan SEA Korat, Disember 2007.

sumber daripada utusan malaysia

Saturday, January 30, 2010

AWAS KEGANASAN SIBER


USAHA menghentikan keganasan terhadap wanita (violence against women, VAW) bukan lagi sekadar perjuangan sebelah pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita atau agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Ini kerana kebangkitan dan kesedaran di kalangan masyarakat sudah mula menunjukkan kesannya dengan penggubalan dasar dan undang-undang bagi melindungi hak kaum Hawa di negara ini.

Pun begitu kemunculan era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang pada mulanya dianggap 'penyelamat' kepada wanita yang terpinggir hari ini menjadi 'musuh dalam selimut' apabila bekas-bekas suami atau teman lelaki mudah mengesan mangsa melalui kemudahan tersebut.

Keganasan Siber
Dipanggil keganasan Internet atau siber, ia merupakan satu lagi bentuk keganasan terhadap wanita yang perlu ditangani segera memandangkan lebih ramai menggunakan teknologi untuk berhubung dan mempermudahkan urusan harian.

Baru-baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk menghentikan keganasan terhadap wanita termasuk melalui Internet.

Beberapa contoh keganasan adalah penderaan wanita mengandung, perkahwinan kanak-kanak, kahwin paksa, keganasan domestik, suami rogol isteri, sumbang mahram, pelacuran kanak-kanak, pornografi, gangguan seksual (sama ada dalam atau luar talian) dan pemburu siber (cyber stalking).

Risalah merah jambu We Can End Violence Against Women (Kita boleh hentikan keganasan terhadap wanita) itu dicetak sempena Hari Antarabangsa Menentang Keganasan Terhadap Wanita dengan signifikan Malaysia menyertai kempen 16 hari Aktivisme ( 16 Days of Activism) melibatkan 130 negara di seluruh dunia.

"Tahun ini, kempen VAW memberi tumpuan terhadap aspek ICT yang semakin meluas di setiap lapisan masyarakat sehingga hampir mustahil untuk mengawalnya.

"Malang sekali, kanak-kanak perempuan, remaja dan wanita merupakan majoriti mangsa pesalah laku ICT atau Internet yang menggunakan kemudahan itu untuk menindas mereka," kata Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah.

Majoriti mangsa
Menurutnya, sebanyak 83 peratus mangsa jenayah siber terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang kurang mahir menggunakan Internet.

Ini kerana pemangsa mencari pengguna Internet yang tidak faham bahasa laman sembang dan sering menunjukkan kelemahan emosi menerusi saluran terbuka yang mudah dikesan pemangsa.

"Pesalah laku akan menghantar pesanan peribadi untuk 'menenangkan hati' anda. Ini sebenarnya cara-cara mereka menyerang mangsa pada saat mereka paling lemah," tegas Ivy.

Selain laman sembang yang tentunya menghimpunkan pelbagai jenis manusia yang mustahil diketahui keaslian latar belakang dan identiti mereka, terdapat banyak lagi contoh penyalahgunaan ICT mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa.

Berlaku banyak kes dipaparkan di akhbar dan televisyen mengenai wanita-wanita yang terperangkap oleh suami atau teman lelaki akibat diri mereka dirakam dalam pelbagai keadaan memalukan. Antaranya;

l-Telefon bimbit dan kamera digital digunakan untuk merakam aksi seks atau berbogel, kadang kala dengan izin atau sebaliknya. Semua imej ini mudah dijadikan alat untuk mengugut, memalukan dan mengawal wanita tersebut.

2-Gangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pula merupakan sesuatu yang lazim dialami dengan pesanan-pesanan atau panggilan lucah daripada lelaki dikenali atau tidak.

3-Friend Finder disediakan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi seseorang individu. Ini boleh disalahguna menjadi alat kawalan jika anda sedang dikesan atau diperhatikan gerak-geri oleh suami atau teman lelaki yang suka mendera.

4-Penyeludupan Internet juga berlaku apabila si penyeludup 'merekrut' mangsa melalui Internet dengan iklan-iklan peluang pekerjaan. Wanita hanya sedar menjadi mangsa penipuan apabila dipaksa melakukan kerja lain atau dijual ke negara asing.

Elak jadi mangsa
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa gangguan siber, pastikan anda faham apa itu gangguan dalam talian iaitu apabila seseorang sengaja menghantar e-mel berkali-kali, mesej pantas (IM), laman sembang walaupun selepas anda menyuruhnya berhenti.

Pemburu siber pula hampir sama dengan gangguan dalam talian tetapi ia dikategorikan menerusi usaha si pemburu mendapatkan mangsanya dan turut menggunakan serangan di luar talian.

Ini perlu diberi perhatian lebih serius kerana boleh membawa kepada serangan fizikal berbahaya lebih-lebih lagi jika si pemburu mengetahui maklumat lokasi mangsanya itu.

Secara amnya, adalah kurang bijak untuk terus berdepan dengan orang yang mengganggu anda. Bagaimanapun, sebaik yakin anda sedang diganggu anda mesti jelaskan padanya agar berhenti.

Anda tidak perlu menjelaskan kenapa, hanya katakan anda tidak mahu lelaki itu menghubungi anda langsung.

Apa kata anda membuat salinan e-mel gangguan tersebut dan simpan sebagai rekod atau hantar ke abuse@yahoo.com atau abuse@hotmail.com agar e-mel penghantar itu akan ditutup atau disenarai hitamkan.

Untuk pengguna Facebook pula, dicadangkan agar anda menghalang akses individu tidak dikehendaki menggunakan butang pada laman profil peribadi atau rangkaian aduan pada peti mel anda.

Akhir sekali, simpan segala-galanya. Salah satu reaksi mangsa gangguan siber adalah untuk memadamkan segala bukti komunikasi mangsa dengan suspek. Ini adalah tindakan salah.

Sebaliknya, simpan semua maklumat yang ada termasuk e-mel dan log sembang.

Jika suspek mencipta laman web negatif mengenai anda, simpan salinan pada sistem tempatan anda dengan baik agar dapat digunakan dalam perbicaraan mahkamah, jika perlu kelak.

"Malangnya ada wanita membiarkan diri mereka menjadi mangsa dengan membuka ruang kepada lelaki rambang untuk menghubungi mereka secara terbuka.

"Jadilah bijak, gunakan ICT dengan selamat agar wanita tidak terus-menerus menjadi mangsa keganasan," tambah Ivy lagi.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

MEMENUHI KEPERLUAN

Laptop keluaran Acer model Aspire 3810T-942G50 kali ini cuba menonjolkan sebuah peranti multimedia yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga lapan jam. Ciri inilah yang menjadi fokus iklan-iklan model tersebut.

Pengguna sudah semestinya ingin mencari sebuah laptop yang ringan dan mahu mengelak daripada rasa rimas dengan adaptor yang memberatkan beg komputer anda.

Dari segi kemasan luarannya, model 3810T-942G50 sudah cukup menambat hati terutama dari segi ketebalan yang kurang daripada satu inci.

Kemasan luar LCD yang berwarna perak menyerlahkan lagi ciri-ciri terkini model tersebut.

Papan kekunci hitam berkilat menjadikan model tersebut lain daripada yang lain di samping saiznya kekuncinya yang besar memudahkan kerja-kerja menaip berbanding netbook keluaran Acer sebelum ini.

Butang pintasan untuk WiFi, backup manager dan mod bateri di sebelah atas papan kekunci sungguh menjimatkan masa tanpa perlu menggunakan tetikus atau pad sesentuh.

Saiz skrin 13.3 inci dengan sistem bunyi Dolby Sound Room dan imej kualiti HD, menjadikan kerja-kerja dan menonton video tidak lagi memenatkan deria mata dan telinga.

Walaupun menggunakan pemprosesosan Intel Core 2 Duo, 1.4 GHz, 800 MHz voltan rendah dengan memori 2 GB DDR3, kerja-kerja rutin dan melayari Internet menjadi cukup pantas dan efisien.

Pengeluar sememangnya mempunyai alasan tersendiri iaitu produk yang ringan dan nipis menjadikan model ini tidak dilengkapi dengan pemacu DVD.

Namun demikian, tahap pemacu tidak menjadi masalah lagi kerana model ini didatangkan dengan saiz cakera keras 500 GB, cukup besar untuk menyimpan lagu, video, gambar dan lain-lain fail peribadi kesayangan anda.

Fungsi-fungsi tambahan lain adalah pad sesentuh multigesture yang memudahkan kerja membesar dan mengecil serta memilih foto yang dikehendaki dengan mudah.

Anda mungkin terasa sikit kekok pada awalnya namun ia sungguh mudah bila beberapa kali anda telah menggunakannya.

Aspire Aspire 3810T-942G50n juga menggunakan teknologi penyejukan Laminar Wall Jet menjadikan model ini lebih ringan, efisien, tahan lama dan kurang membahayakan alam sekitar ketika dunia dibimbangi dengan kesan pemanasan global.

Sistem Pengoperasian Windows Vista Home Premium sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan dan kecekapan laptop tersebut kerana model ini hanya menggunakan Core 2 Duo, 1.4 MHz ULV.

Bagi pengguna yang ingin sebuah sistem pengoperasian yang lebih cekap dan berkesan daripada ini anda boleh beralih kepada Windows 7 yang diperakui kecekapan dan kestabilannya.



sumber daripada utusan malaysia

FUNGSI MULTIMEDIA TANPA BATASAN




TELAH lama rasanya pengeluar peranti selular terkenal, Sony Ericsson tidak tampil dengan model terkini bagi siri telefon bimbit mereka.

Mungkin kerana itu, syarikat tersebut baru-baru ini telah melancarkan tiga model sekali gus untuk portfolio produk telekomunikasi dengan fungsi hiburan.

Memberi fokus kepada kepelbagaian aplikasi multimedia, kehadiran model yang dikenali sebagai Satio, Aino dan Yari itu pastinya ditunggu-tunggu oleh para pengikut setia Sony Ericsson.

Satio didatangkan dengan paparan skrin sentuh definisi tinggi seluas 3.5 inci serta mempunyai nisbah 16:9 bakal menawarkan pengalaman multimedia terbaik kepada penggunanya.

Untuk ekspresi imej sempurna, ia dilengkapi kamera 12.1 megapiksel bersama beberapa kelebihan lain seperti lampu flash xenon, pemfokusan sentuhan intuitif dan fungsi pengesanan senyuman.

Model tersebut yang dipacu oleh sistem operasi Symbian S60 edisi kelima bakal membenarkan pengguna mengakses beribu-ribu aplikasi secara dalam talian.

Bagi permainan muzik, Satio mempunyai fungsi PlayNow untuk membolehkan aktiviti memuat turun kandungan multimedia daripada komputer atau telefon bimbit dijalankan secara secara serentak.

Melihat kepada produk Aino pula, model yang turut didatangkan bersama skrin sentuh bersaiz tiga inci itu mempunyai kelebihan capaian kepada fungsi PlaySatation 3 (PS3).

Menerusi aplikasi Remote Play, pengguna Aino akan dapat mengawal kandungan media pada PS3 daripada telefon bimbit itu sendiri pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kelebihan itu membolehkan pengguna menikmati pengalaman multimedia seperti mendengar muzik, menonton video dan juga televisyen secara mobiliti.

Menerusi aplikasi Media Home yang baru diperkenalkan pula, ia mempunyai keupayaan menyelaras kandungan media dan komputer melalui sambungan Wi-Fi.

Sementara itu, bagi penggemar permainan video, mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki Sony Ericsson Yari.

Ini kerana, model berkenaan yang dilengkapi dengan teknologi pengesanan isyarat tubuh bakal memberi pengalaman permainan yang cukup unik dan menyeronokkan.

Antara permainan yang ditawarkan adalah seperti tinju, boling dan juga tenis. Ia secara tidak langsung akan membantu pengguna menjalankan aktiviti cergas dan sihat.

Model Satio, Aino dan Yari masing-masing kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM2,499, RM1,999 dan RM1,099.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

CABARAN KE PUNCAK KILIMANJARO


KEINDAHAN Aconcagoa, Mont. Blanc, Kalapathar, Mera Peak, Island Peak dan Everest adalah antara pemandangan terbaik yang pernah disaksikan sepanjang penglibatan penulis dalam aktiviti daki gunung.

Namun di antara puncak-puncak tertinggi dunia itu tidak ada satu pun yang dapat menandingi keindahan Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

Berbeza dengan kebanyakan gunung-gunung di Eropah dan Himalaya yang diselaputi salji, pendakian ke puncak setinggi 5,895 meter itu menyajikan lima pemandangan yang berbeza.

Pendakian dari Machame Gate bermula dengan kehijauan hutan tropika sebelum memasuki kawasan moorland yang ditumbuhi flora dan fauna yang unik.

Seterusnya, perjalanan melalui kawasan Alphine Desert yang dikelilingi hamparan batu Barranco Wall dan Lava Tower, manakala laluan turun ke Mweka Gate pula dipenuhi dengan taman-taman batu (rock garden) yang sungguh indah.

Itulah sebahagian daripada pengalaman yang dapat dikongsi bersama pembaca Utusan Malaysia selepas ekspedisi yang diadakan pada 22 November hingga 4 Disember tahun lalu.

Cabaran itu merupakan sebahagian daripada latihan Projek Everest 2010 anjuran Persatuan Kembara Negara (PKN) pada Mac tahun 2011.

Namun, cabaran untuk mendaki puncak tertinggi di benua Afrika itu bukanlah kerja yang mudah apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sangat ekstrem.

Kumpulan kami yang terdiri daripada lapan pendaki termasuk seorang pendaki wanita mengambil masa hampir seminggu di negara itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Bagi penulis, ia merupakan percubaan kali kedua menakluk Uhuru Peak. Misi pada 2005 tidak berjaya kerana penulis hanya berjaya sampai ke Stella Point, kira-kira satu kilometer dari puncak.

Berikut adalah catatan perjalanan penulis selaku ketua ekspedisi pendakian Kilimanjaro, baru-baru ini.

Angin sejuk di bawah suhu 10 darjah celsius ini tidak menunjukkan tanda-tanda mahu reda.
Kami tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa meneruskan pendakian ke Puncak Uhuru.


Perjalanan bermula pada pukul 11 malam.
Perjalanan pada waktu malam memperlihatkan keindahan langit yang dihiasi taburan bintang dan sinaran bulan. Di sepanjang laluan kelihatan lampu-lampu suluh yang dipakai oleh pendaki.

Selain kami, beberapa kumpulan pendaki dari Jerman, Poland dan Amerika Syarikat yang turut memulakan pendakian pada waktu hampir sama.

Berdasarkan pengalaman lalu, pendakian memakan masa lapan jam. Oleh itu, perjalanan empat jam yang pertama dilakukan secara pecut bagi membolehkan ahli kumpulan mendapat rentak masing-masing.

Di laluan yang sesak dengan pendaki-pendaki lain itu, penulis tidak menyedari bahawa pergerakan penulis sebenarnya agak laju, meninggalkan ahli kumpulan jauh di belakang.

Pada masa itu hanya seorang sahaja peserta yang berada di depan iaitu Angah. Penulis memperlahankan langkah sehingga dua pendaki PKN berjaya menghampiri. Maklumat yang disampai ketika itu mengatakan tiga daripada pendaki sudah diserang Penyakit Akut Gunung (AMS).

Kay yang diserang AMS sejak hari kedua pendakian dinasihatkan turun oleh jurupandu. Walaupun sudah beberapa kali muntah, semangatnya masih kental untuk meneruskan pendakian.

Perjalanan diteruskan sehingga 200 meter terakhir sebelum tiba di Stella Point. Laluan dari Kem Barafu itu adalah antara cabaran paling getir di Kilimanjaro.

Fajar yang menyinsing menyambut kehadiran kami sekali gus menyajikan satu pemandangan yang mengasyikkan. Begitu juga sepanjang meniti trek yang mendatar, kami seolah-olah meniti di bawah awan dan kabus yang memutih.

Dalam perjalanan menuju Uhuru Pea, kami berselisih dengan Kay dan satu-satunya peserta wanita Jaja yang sedang melawan arah. Rupa-rupanya keadaan Kay yang semakin teruk tidak membenarkannya tinggal terlalu lama di puncak.

Kami menghabiskan masa kira-kira setengah jam di puncak. Terpegun menyaksikan keindahan bongkah-bongkah ais dan glasier yang menghiasi permukaan gunung-ganang yang menembusi awan.

Dalam perjalanan turun, kami berselisih dengan dua lagi pendaki PKN iaitu Caer dan Awan yang berlenggang tanpa menggalas beg.

Rupa-rupanya kesengsaraan di laluan mendaki bukan sahaja pada kami malah kedua-dua mereka juga seperti tidak tertanggung.

Caer adalah seorang lagi pendaki mangsa AMS yang terpaksa menyerahkan beg kepada jurupandu untuk dibawa turun.

"Saya seperti hilang power. Terpaksa berbaring dan menahan rasa mengantuk yang teramat sangat," ujarnya sambil menguap lantaran cuaca yang terlalu sejuk.

Selang 20 minit, muncul pula Pak Am yang merupakan Ketua Pendaki, juga berlenggang tanpa beg dan baru sahaja menghabiskan masa di Stella Point untuk berehat.

Sememangnya laluan mendaki Kilimanjaro tidak semudah yang disangka. Setelah lapan jam mendaki, seluruh badan terasa penat yang tidak tertahan.

Cerun mencanak bersudut kira-kira 60 darjah perlu dilepasi semasa mendaki dan turun. Laluan yang dipenuhi dengan batu-batu kecil bercampur pasir seringkali memaksa pendaki mengatur langkah dengan lebih cermat dan perlahan.

Namun selepas mengharungi segala pahit getir, kumpulan kami yang dianggotai lapan pendaki mencapai kepuasan yang hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjejakkan kaki di puncak itu.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh DATUK KHALID YUNUS
Presiden Kelab Kembara Negara

MENCEGAH KEBOCORAN PUNDI KENCING

Lakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari dan kekalkan berat badan.


MENGAWAL pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, sama ada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!

Kesukaran mengawal kencing dicetuskan oleh beberapa sebab. Kehamilan dan melahirkan anak, menopaus dan masalah kesihatan fizikal akibat peningkatan usia merupakan antara penyumbang kepada masalah ini.

Percaya atau tidak, terdapat kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Senaman
Melakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari boleh memperbaiki masalah itu.


Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, anda perlu membayangkan sedang menahan kentut atau menghentikan aliran kencing ketika ia sedang cuba keluar.

Gunakan otot sama yang anda gunakan, jika terasa seperti 'tertarik', maka otot-otot yang betul digunakan untuk senaman pelvis.

Tarik otot pelvis ke dalam, tahan dan kira sampai tiga. Kemudian relaks dalam kiraan tiga. Ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali setiap kali senaman. Anda juga boleh mencuba senaman ini dalam tiga posisi berbeza; berbaring, duduk dan berdiri.

Kekalkan berat badan normal
Memang benar, beban berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan lantai otot pelvis menjadi lemah.


Jika anda gemuk, cuba kurangkan berat badan dan lihat perbezaannya. Meskipun indeks jisim badan (BMI) bukanlah petunjuk kesihatan terbaik namun ia merupakan titik rujukan yang bagus untuk mengetahui sama ada anda perlu mengurangkan berat badan.

Jangan angkat berat
Jika terpaksa mengangkat sesuatu yang berat, minta bantuan orang lain melakukannya. Mengangkat objek berat secara salah boleh melemahkan lantai pelvis.


Jika mengangkat objek berat sendiri, pastikan anda melakukannya secara selamat dengan membengkokkan lutut dan menggunakan otot kaki.

Juga, cuba gabungkan latihan kekuatan dalam senaman agar anda lebih kuat untuk waktu-waktu yang memerlukan anda berbuat demikian.

Jaga makan dan minum
Sesetengah makanan seperti yang berasaskan tomato dan pedas boleh mengganggu pundi kencing.


Sementara minuman mengandungi kafein atau alkohol bertindak sebagai diuretik yang mengakibatkan kebocoran.

Justeru, lebih baik ambil cecair yang bagus untuk pundi kencing seperti air, jus epal, anggur dan cranberi.

Bersiap-sedia
Kelemahan pundi kencing melibatkan satu daripada empat wanita. Ini bermaksud anda tidak keseorangan jika menderita akibat masalah ini.


Cuba pergi ke tandas secara kerap untuk mengelak pundi kencing menjadi cepat penuh. Juga, gunakan pelapik seluar dalam atau tuala wanita ketika hari-hari aktif di mana anda tahu sukar untuk pergi ke tandas.

Sentiasa bersiap-sedia boleh memberi anda keyakinan sepanjang hari.

sumber daripada utusan malaysia
Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

3 WARGA IRAN SELUDUP DADAH RM500,000 DIBERKAS

SHAH ALAM 29 Jan. - Tiga warga Iran ditahan setelah cuba menyeludup 266 biji kapsul dadah dipercayai syabu bernilai RM500,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Lebih memeranjatkan, mereka sanggup menelan semua dadah itu dan juga berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan pihak Kastam dan Imigresen di pintu keluar KLIA.

Mereka bagaimanapun ditahan polis di kaunter teksi lapangan terbang itu setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu masing-masing menelan 100 biji, 60 biji dan 106 biji kapsul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, semua kapsul tersebut dipercayai ditelan dalam tempoh lebih daripada 24 jam sebelum mereka ditahan.

Katanya, polis terpaksa mengambil masa selama empat hari untuk mengeluarkan semua kapsul itu daripada tubuh suspek-suspek dengan bantuan pengamal perubatan di Hospital Serdang.

Beliau berkata, berat keseluruhan kapsul-kapsul dadah bersaiz sebesar belimbing buluh itu ialah 1.9 kilogram.
"Suspek-suspek ini tiba ke negara ini dari Dubai, Isnin lalu pada pukul 6 petang dan berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan di KLIA.

"Bagaimanapun, setelah mendapati keadaan suspek mencurigakan, mereka dibawa ke hospital untuk menjalani ujian X-ray dan kita mendapati terdapat objek pelik di dalam badan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Nordin, penahanan tiga suspek berkenaan adalah antara kejayaan pihak keselamatan negara dalam menghalang penyeludupan dadah antarabangsa menggunakan kaedah 'kurier manusia.'

"Selain dadah, kita turut menemui wang tunai RM1,250, 81,000 riyal Iran (RM28) dan AS$785 (RM2,681) bersama-sama mereka," jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, dadah itu dihasilkan di sebuah makmal haram di Afghanistan atau Pakistan untuk diseludup masuk bagi pasaran di negara ini.

Malah tambah beliau, siasatan turut merangkumi pihak yang akan ditemui oleh suspek-suspek di Kuala Lumpur untuk menyerahkan kapsul syabu tersebut.

Nordin berkata, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Nordin memberitahu Jabatan Narkotik Selangor telah mencatatkan 14,096 kes tangkapan dan seramai 18,077 orang ditahan atas kesalahan dadah sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding pada 2008 iaitu 11,907 kes tangkapan dengan 15,084 orang yang ditahan.

"Tahun lalu juga menyaksikan sebanyak 502.25 kilogram dadah dirampas berbanding rampasan pada tahun sebelumnya 23.52 kilogram.

"Jenis dadah yang paling banyak dirampas ialah ganja. Kesemua dadah yang dirampas pada tahun lalu bernilai sebanyak RM20 juta," ujarnya.

sumber daripada utusan malaysia

SEJARAH AYATUL KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT "

sumber daripada internet
b'jue blogspot.com

PANDUAN MEMOTONG KUKU

Adakah anda tahu adab memotong kuku? Kalau tidak tahu, di sini saya akan tuliskan tentang adab dan cara memotong kuku dengan betul. Semoga bermanfaat.

1. Baca Doa Ketika Memotong Kuku


2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri)
Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan. Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.
Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;


3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah)
Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.
Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;

4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada:
SABTU –> Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
AHAD –> Hilang berkat
ISNIN –> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)
SELASA –> Mempusakai kebinasaan
RABU –> Mempusakai jahat perangai
KHAMIS –> Mempusakai kaya
JUMAAT –> Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”
** RUJUKAN: Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1
Wallahu'alam.

TEMU DUGA SEBAGAI 'CALON JENAZAH'

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu:
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL / PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah:
http://www.freewebs .com/hibah2u/ renungan. htm

Sunday, January 24, 2010

MACAM-MACAM NASI LEMAK


Nasi Lemak Antarabangsa

NOSTALGIA menikmati sarapan nasi lemak bungkus di zaman kanak-kanak sering terbayang-bayang. Ketika itu (sekitar 20 tahun lalu), sebungkus kecil nasi lemak berlauk telur rebus atau bilis goreng dengan sambal hanya 20 sen (di negeri sebelah utara).

Keenakannya tiada tandingan. Harum dan lemak nasi bersama sambal yang cukup rasa memikat selera. Dibungkus pula dalam daun pisang, siapa yang mampu menolaknya.

Berpindah ke ibu negara, keinginan menikmati juadah popular ini sentiasa ada. Mujurlah, di kota yang berbilang bangsa ini tidak sukar untuk mendapatkan hidangan yang sinonim dengan sarapan pagi ini.

Di mana-mana saja tidak kira pagi, petang atau malam, peniaga nasi lemak memenuhi bahu jalan. Dan jika mahu yang lebih selesa, kopitiam dan beberapa restoran popular turut menyediakan hidangan ini.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

SAMBUT HARI LAHIR ; GANTI LAGU DENGAN DOA

SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi lagu happy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?

JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma' al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.

Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).

Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam.

Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)

Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.

Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.

Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.

Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada "Allah selamatkan kamu".

Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.

Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

sumber daripada utusan malaysia

BAGAIMANA ONLINE DENGAN TUHAN


Tajuk Buku: Online Dengan Tuhan - Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar Penulis: Zulkifli Khair Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.Halaman: 114 muka surat Harga: RM13.00

AKIBAT laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses "Online" (Utusan Online misalnya) yang terjadi: "Onlie", sedang menipu!

Justeru tajuk ini buku terus memberikan sedikit tamparan; jangan sesekali "onlie" ketika ber -'online' dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!

Penulis buku ini merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan seorang jurulatih sambilan penulisan kreatif.

Mungkin nama beliau kurang dikenali selain pernah juga menghasilkan buku, 501 Soal Jawab Tentang Haji dan Umrah dan Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji bersama PTS.

Namun beliau mempunyai pendekatan penulis yang ternyata berbeza namun sangat menarik.

Tanpa perlu ulasan dan hujahan fakta yang panjang lebar, seolah-olah menyedari bahawa pembaca hari ini sudah tidak mempunyai masa untuk itu semua. Kecuali mahukan bacaan yang santai dan straight to the point maka buku ini sangat memenuhi cita rasa itu.

Jika secara mudahnya online dengan Tuhan itu boleh dimaknakan sebagai satu kaedah komunikasi antara seorang hamba dengan Maha Pencipta tanpa sebarang halangan, tanpa perantaraan, tanpa wakil; sangat bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun ada yang menyifatkan hubungan atau komunikasi dengan tuhan itu bersifat komunikasi sepihak (sehala) namun yang jelas secanggih manapun ciptaan manusia untuk berkomunikasi dengan segala macam peralatan dan teknologi tetapi sedarilah sejak zaman nabi Adam, online bersama tuhan itu telah berlaku sehingga tiada titik tamatnya.

Zulkifli berjaya membuka satu ruang lingkup yang luas, yang tidak tertumpu kepada kupasan hubungan tersebut tetapi beliau kaitkan dengan pelbagai situasi dan fenomena. Dari topik wahyu (tanpa wayar), Al-Quran merupakan browser, bukan semua yahudi adalah jahat, kejahatan zionis melancarkan perang siber, apa yang patut diterima (accept) dan patut ditolak (delete), blog dan laman web yang mengeratkan lagu hubungan manusia dan tuhannya sehinggalah klik connect untuk cinta. Iaitu terdapat 33 bab yang kesemua mempunyai huraian dalam bahasa yang naratif, mudah dan penuh dengan motivasi. Di tambah lagi dengan pelbagai kutipan kata-kata dan kotak-kotak fakta menjadikan keseluruhan buku ini sangat menarik dan begitu meninggalkan kesan kepada pembaca!

Sementelah dengan harga yang sangat kompetitif murah, berbanding apa yang anda bakal peroleh, maka penulis ini bukanlah seorang yang hendak meraih untung.

"Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan router serta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

"Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan," (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!

sumber daripada utusan malaysia
Oleh SITI AINIZA KAMSARI