Thursday, September 24, 2009

BUDAYA SEDEKAH DUIT RAYA BIAR IKUT KEMAMPUAN

Oleh Azrul Affandy Sobry

“GENG, rumah yang hujung kampung, alah.. rumah Pak Sidek, dia bagi lima ringgit. Banyak! Lain kali tak payah pergi rumah Mak cik Temah tu, ada ke patut dia bagi seringgit saja. Kedekut betul. Nak beli apa dengan seringgit?”

Itulah antara dialog yang biasa kedengaran di kalangan kanak-kanak pada hari raya. Operasi ‘kutip duit raya’ yang sejak sekian lama bertunjang dalam diri kanak-kanak Melayu setiap kali tiba Aidilfitri bagai sudah menjadi resam yang sinonim serta tak dapat dipisahkan dengan hari perayaan terbesar umat Islam itu.


Ia umpama satu sindrom ketagihan di kalangan kanak-kanak, malah tak kurang juga ibu bapa mereka yang sesetengahnya sanggup membelikan beg khas untuk memudahkan anak masing-masing menyimpan segera duit raya yang diberi sesiapa saja - mungkin ada misi tersirat.

Senario kutip duit raya itu biasanya tak lekang di mata sesiapa saja dan biasanya sudah bermula sejurus solat sunat Aidilfitri selesai. Tunggulah, tak sampai sejam, pasti ada rombongan kanak-kanak ‘mengunjungi’ rumah kita, bukan untuk makan atau beraya sangat, tetapi misi utama mereka ialah duit.

Masalahnya, nilai duit raya itu sendiri. Tak payah nak nafikan kerana realitinya, semua orang pernah melalui nikmat kutip duit raya, bezanya suatu ketika dulu, iaitu awal 1990-an atau mungkin 1980-an, apa lagi zaman datuk nenek kita, nilai duit raya tidak begitu kronik seperti sekarang.

Teringat ketika zaman kanak-kanak penulis, nilai yang dianggap sangat tinggi ketika itu ialah 50 sen dengan kebanyakan rumah memberi secara purata 10 sen saja, malah ada yang tak bagi apa-apa. Pusing seharian sekampung, peluh jenuh membuatkan baju lencun, dapatlah kumpul tak sampai RM20, tetapi itupun sudah dikira sangat banyak.

Poket baju Melayu penuh, berat dengan duit syiling. Seluar juga sama, melondeh sebab semuanya diisi dengan duit syiling. Ada juga terselit duit kertas tapi itupun kerana ada tuan rumah yang tak ada duit kecil. Jangan salah faham, bukan beri seringgit, tetapi mahu bakinya dipulangkan, bagi seringgit, pulangkan semula 80 sen.

Lewat petang, balik ke rumah nenek, perbandingan dibuat di kalangan sepupu. Ada yang melompat girang kerana berjaya mengumpulkan lebih seringgit dua daripada sepupu yang lain. Ada pula yang sudah mula merancang nak beli itu dan ini termasuk kaset permainan video yang harganya sekitar RM15.

Jauh sangat bezanya dengan sekarang kerana RM20 itu sebenarnya boleh diperoleh dengan sekali salam saja. Jika ada yang beri seringgit dua, ia dianggap sangat kecil dan terus dilabel kedekut sedangkan nilai itu dianggap sangat tinggi dan sukar diperoleh dulu.

Justeru, senario itu jugalah yang menjadi perkara paling memeningkan kepala setiap kali tiba hari raya selain belanja pakaian raya dan perkara penting lain termasuk kos pengangkutan dan sebagainya.

Setiap keluarga terutama ketuanya (bapa) perlu memasukkan sekali kos duit raya dalam peruntukan hari raya yang biasanya boleh mencecah lebih seribu ringgit dan apa yang menyakitkan jiwa dan boleh membuatkan penyakit darah tinggi mencelah masuk ialah kos untuk duit raya selalunya sangat tinggi.

Apa tidaknya, selepas dikira-kira jumlah anak saudara, sepupu, anak jiran dan semua kanak-kanak atau ‘kanak-kanak dewasa’, lebih 50 sampul perlu disediakan dan jumlah duit dalam sampul pula mesti sesuai, ada kalanya mesti setaraf dengan kedudukan.

Itu yang menekan mereka. Bukan semua orang bertaraf pengarah atau ahli perniagaan ada kemampuan kewangan yang selesa tetapi apabila saudara mara sudah menganggapnya sebagai berkedudukan selesa, duit raya yang hendak dihulur juga mesti setaraf dengan kedudukan, mana layan RM5 saja, kurang-kurang pun duit kertas merah.

Bagai sudah menjadi adat dan kewajipan pula dalam sambutan Aidilfitri, duit raya perlu diutamakan. Tengok sajalah semua bank di mana saja seminggu dua sebelum raya. Jumlah pengunjungnya luar biasa dan kebanyakannya adalah atas urusan menukar duit raya.

Bank pula terpaksa menyediakan kuota khusus untuk duit raya dan dua tiga hari menjelang hari raya, jangan mimpi lagi nak tukar duit di mana-mana bank pun. Semuanya sudah terlewat. Ia sekali gus menggambarkan betapa kuatnya budaya itu di kalangan orang kita.

Tak dapat dibayangkan berapa banyak yang dibelanjakan untuk setiap kali menyambut Aidilfitri. Dengan baju baru, beberapa perabot dan aksesori baru dalam rumah, kuih muih dan pastinya duit raya, membuktikan begitu rakus sekali kita berbelanja setiap kali musim perayaan.

Berbalik pada senario duit raya, besar sangatkah jurang ekonomi kini berbanding 20 tahun dulu sehinggakan 10 sen yang dianggap nilai munasabah ketika itu dianggap tak masuk akal dan pemberi dilabel sebagai ‘tahi hidung masin’ ketika ini.

Pengurus Besar Kewangan dan Pengurusan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azman Hasim, berkata perlu diakui pendapatan per kapita rakyat negara ini sudah melonjak jauh lebih tinggi berbanding 20 tahun dulu, sekali gus membolehkan duit raya diberi dalam nilai lebih besar.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Ketika ini, RM1 ialah nilai paling minimum dan ia dianggap munasabah. Tak pernah kedengaran orang merungut mengatakan RM1 itu terlalu tinggi. Ia menjadi satu isyarat jelas bahawa rakyat negara ini semakin mampu.

“Mungkin dulu, kebanyakan yang beri duit raya ialah orang tua di kampung yang pendapatan perkapita mereka sangat rendah, sekitar RM500 saja. Kini, ramai yang sudah berhijrah dan apabila mereka ini pulang ke kampung, mereka mampu beri duit raya lebih banyak,” katanya.

Beliau berkata, walaupun diakui keadaan ekonomi ketika ini masih belum stabil sepenuhnya, tradisi memberi duit raya tidak dapat dihenti atau dikurangkan kerana ia sudah kuat menjadi satu budaya masyarakat Melayu dan tidak dianggap bebanan.

Katanya, cuma mungkin jumlahnya berbeza berbanding sebelum ini dengan ada yang terpaksa mengurangkan sedikit peruntukan duit raya itu bagi membolehkan tiada masalah lain timbul selepas musim perayaan.

“Secara umumnya, masyarakat di negara ini bijak menguruskan kewangan terutama ketika musim perayaan. Mereka tahu perlu beli itu dan ini kerana nak tak nak, budaya itu mesti mereka ikut. Paling tidak pun mesti ada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk hari raya.

“Kebanyakannya akan membuat kira-kira dan memperuntukkan sebahagian kewangan untuk duit raya. Mereka akan kira secara teliti dan membuat anggaran berapa perlu diberi kepada kanak-kanak. Peruntukannya sudah ada dan siap awal sebelum hari raya,” katanya.

Namun, katanya, walaupun ramai yang berjaya melalui Aidilfitri dengan sempurna, ada juga golongan yang terbabas dan gagal menguruskan kewangan mereka dengan baik dan ia terbukti kerana setiap kali selepas musim perayaan, jumlah kes di AKPK akan bertambah.

Apapun, budaya kutip duit raya adalah satu daripada kemeriahan dan keunikan yang ada dalam perayaan itu sendiri. Tanpanya, sambutan hari raya akan kelihatan suram dan kurang ceria. Namun, dalam menghadapi kemelesetan ekonomi ini, sewajarnya perbelanjaan dikawal sebaik mungkin supaya tidak koyak rabak semua poket selepas raya nanti

Dipetik daripada berita harian online pada 23 sept 2009

AHLAN YA SYAWAL...MA'AS SALAMAH YA RAMADHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 22, 2009

RAHSIA SOLAT

1) Niat Sembahyang - Memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul - Dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram - Sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah - Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk - Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal - Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian mustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) - Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir) - Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar

10) Tahiyat Akhir - Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh Munkar& Nakir di dalam kubur.

11) Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalamkubur.

12) Salam - Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah.

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda, Sampaikanlah pesanku , biarpun hanya satu ayat...


"sumber : http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat269/nasihat269.html

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

KEISTIMEWAAN

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan!"

Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

sumber : http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat375/nasihat375.html

BAKAL AYAH

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"

MUTIARA KATA

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai dan cintalah pilihan anda
itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi
lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki
sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan
mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda
tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang
luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang
mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan
sekaligus

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
dimusnahkan

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan
hari ini

* Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap
peluang

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan

* Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah
bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai
hambanya

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
dan kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan ! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a.