Saturday, November 28, 2009

MENJAGA PENGLIHATAN SEUMUR HIDUP

Menjaga penglihatan seumur hidup

SETAHU saya, pengambilan vitamin antioksida baik untuk menjaga daya penglihatan. Apakah suplemen lain yang boleh diamalkan setiap hari dan boleh memberi sumbangan dalam mengekalkan kesihatan mata?

Jawapan,

Seperti juga kesihatan tubuh yang lain, mata juga memerlukan penjagaan dan nutrien untuk membolehkannya terus berfungsi sepanjang hayat.

Banyak kerosakan mata yang berlaku adalah disebabkan oleh radikal bebas. Kerosakan ini juga disumbangkan oleh toksin persekitaran dan pemakanan yang kurang berkhasiat.

Jangan ambil mudah kerana lama-kelamaan ia akan meningkatkan risiko kerosakan mata seperti kemerosotan makula akibat penuaan (AMD), katarak mahupun glaukoma, iaitu masalah lazim yang mengancam mereka yang berusia, majoritinya 45 tahun dan ke atas.

Tingkatkan pengambilan antioksida. Sayuran mengandungi lutein dan zeaxantin, iaitu pigmen yang terkumpul dengan banyak dalam makula mata yang juga bersifat antioksida berkesan serta berperanan melindungi mata daripada sinaran ultraungu (UV).

Kajian yang dibuat di Massachusetts mendapati bahawa mereka yang mengambil sebanyak 6 miligram (mg) lutein sehari mengalami pengurangan risiko AMD sebanyak 43 peratus berbanding biasa.

Untuk dos yang lebih tinggi dan bekalan berterusan, lutein dan zeaxantin yang diekstrak daripada bunga marigold dalam bentuk suplemen lazimnya menjadi pilihan.

Vitamin seperti beta karoten, vitamin C, E dan zink merupakan antara antioksida yang disarankan untuk menangani kesan radikal bebas.

Pengambilan minyak ikan yang konsisten juga penting untuk penglihatan. Minyak ikan yang kaya dengan omega-3 ada kaitan dengan penglihatan kerana asid lemak seperti DHA mempunyai kadar konsentrasinya yang tinggi dalam retina mata.

Manakala pengambilan bilberi yang kaya dengan antosianin membantu menguatkan kapilari dalam mata, memperbaiki peredaran darah ke retina serta mempercepatkan pemulihan rhodopsin (pigmen ungu) yang digunakan oleh rod mata untuk penglihatan waktu malam.

sumber daripada utusan malaysia

AMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersa ma :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wassalam .

TUAH WATAK PONTIANAK

AKTOR Inggeris ini pernah memegang watak Cedric Diggory dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire, pada 2005, dan Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007). Namun, peminat hanya mula mengenali Robert Pattinson, seterusnya menggilai jejaka berusia 23 tahun ini apabila dia muncul dalam filem Twilight, yang ditayangkan pada penghujung tahun lalu.

Ternyata, watak Edward Cullen yang dilakonkan dalam filem yang dihasilkan berdasarkan buku tulisan Stephen Meyer itu membawa tuah bukan kecil buat pelakon yang juga dikenali sebagai model serta pemuzik ini. Daripada nama yang mungkin hanya dipandang sepintas lalu, kini Pattinson muncul antara bintang lelaki paling dikenali, terutama di kalangan peminat perempuan.

Kegilaan pada jejaka yang dilahirkan dengan nama Robert Thomas Pattinson ini pastinya berterusan apabila filem susulan, New Moon, mula ditayangkan pada 26 November. Dalam kedua-dua filem terbabit, dia bergandingan dengan pelakon Amerika, Kristen Stewart.

Filem kedua yang dipasarkan dengan judul The Twilight Saga: New Moon itu pastinya meletakkan Pattinson pada kedudukan lebih bernilai apabila ia muncul filem yang mencatat rekod baru bagi tayangan tengah malam, 20 November lalu. Sewaktu ditayangkan di Amerika Utara, ia mencatat sejarah sebagai filem terbesar kutipannya pada peringkat domestik, bagi tayangan tengah malam dan hari pembukaan dengan pungutan kira-kira RM244 juta.

Selepas kejayaan filem pertama tahun lalu (kutipan seluruh dunia kira-kira RM1.3 bilion), pengedar filem berkenaan, Summit Entertainment melihat peluang besar untuk terus mengaut laba daripada filem arahan Chris Weitz itu. Justeru, mereka terus menghasilkan susulannya, New Moon, untuk siaran tahun ini, diikuti siri ketiga, Eclipse, yang dijadualkan tayangannya pada Jun tahun depan.

Ketika ini, Eclipse yang sekali lagi mengetengahkan bakat Pattinson dan Stewart, serta seorang lagi pelakonnya, Taylor Lautner, berada pada peringkat pasca produksi selepas penggambarannya diadakan Ogos lalu. Ketiga-tiga filem berkenaan dibuat berdasarkan novel tulisan Meyer.

Sebagaimana peminat pernah kemaruk dengan Leonardo DiCaprio sewaktu zaman kemuncaknya bersama Titanic, begitulah Pattinson berdepan dengan jerit-pekik mereka setiap kali dia muncul pada acara promosi.

Aktor kelahiran London itu sendiri mengaku, banyak sekali peristiwa melucukan berlaku membabitkan peminatnya sejak popularitinya memuncak dengan kelahiran Twilight, setahun yang lalu.

Pelakon yang turut dipanggil dengan nama R-Pattz itu memberitahu David Letterman pada temu bual yang diadakan baru-baru ini, dua tahun lalu dia pernah berdepan seorang peminat perempuan yang menunggu di hadapan apartmennya setiap hari selama tiga minggu, sewaktu dia menjayakan penggambaran sebuah filem di Sepanyol.

Kerana terlalu bosan, dia mengajak peminat itu keluar makan. Kata peminat itu, 'bapanya' mempunyai sebuah restoran, lalu mereka ke sana untuk bersembang sambil menjamu selera. Ketika itu, Pattinson mengambil peluang meluahkan semua masalah dalam hidupnya pada peminat terbabit, hampir dua jam lamanya.

Habis saja bersembang, peminat itu menghulurkan bil. Pattinson terpaksa membayar bil berkenaan dan selepas kejadian terbabit, perempuan itu tidak lagi muncul di depan apartmennya.

BERBAKAT DALAM BIDANG MUZIK

DIKURNIAKAN wajah menarik, dia turut berbakat dalam bidang muzik. Jejaka ini juga mampu bermain gitar dan piano. Malah, dia turut menyanyi dua lagu, Never Think dan Let Me Sign, dalam album runut bunyi filem Twilight. Manakala bagi album runut bunyi How To Be, filem lakonannya pada 2007, dia menyanyikan tiga lagu.

Kata pelakon ini, dia tidak pernah merakamkan muzik selain lagu yang dimuatkan dalam album runut bunyi terbabit. Sebaliknya, dia hanya mengadakan persembahan di pub dan majlis kecil. Kata pemuda ini, muzik hanyalah pelan sokongan sekiranya dia gagal dalam lakonan.

Dengan pakej yang hampir sempurna, serta pernah dilabel jejaka paling seksi oleh beberapa majalah antarabangsa, sudah tentulah ramai peminat perempuan yang bermimpi untuk menjadi teman wanita Pattinson.

Aktor yang dilahirkan pada 13 Mei 1986 ini bagaimanapun lebih suka menutup mulut apabila diajukan soalan mengenai teman wanita. Dia pernah berkata, dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan istimewa ketika ini, apabila tumpuan seharusnya diberikan kepada kerjaya yang kian memuncak.

Begitupun, dek keakraban yang ditunjukkan bersama Stewart sewaktu menjayakan siri filem terbabit, mula timbul khabar yang mengatakan Pattinson dan pelakon wanita berusia 19 tahun itu sebenarnya lebih daripada rakan karib. Lebih panas, kedua-duanya dikatakan sudah pun mengikat tali pertunangan.

Ketika dia dan Stewart baru saja selesai mengadakan promosi bergerak filem terbabit di New York baru-baru ini, mereka dikatakan menghangatkan lagi spekulasi percintaan yang selama ini digembar-gemburkan media apabila menghabiskan masa bersama-sama walaupun sesudah tamatnya acara promosi.

Pada ketika pelakon lain berpesta selepas majlis tayangan perdana, kedua-duanya pula dilihat cukup intim dan begitu mesra tatkala berjalan-jalan di sekitar kota raya itu pada waktu malam

sumber daripada berita harian

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

NUINFRA MANFAAT SISA SAWIT HASILKAN MAKANAN TERNAKAN


PENGLIBATAN syarikat tempatan dalam industri hiliran atau asas tani bukan sahaja membantu memperkasa sektor pertanian secara langsung tetapi mengelakkan pergantungan sektor tersebut kepada produk import.

Ini kerana, dalam isu bil import pertanian, satu daripada masalah menyebabkan nilainya terlalu tinggi kerana pergantungan kepada makanan ternakan.

Oleh itu, sebahagian usaha yang boleh dianggap dapat membantu mengurangkan pergantungan tersebut ialah menghasilkan sendiri makanan ternakan dalam negara.

Pengeluaran produk domestik untuk sektor pertanian sewajarnya diperkukuhkan, dan usaha ini wajar disokong terutama dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri.

Sebagai contoh, sebuah syarikat yang boleh dianggap baru 'setahun jagung' dalam pengeluaran makanan ternakan ruminan dan ikan ini sudah mampu berdiri teguh menghasilkan produk domestik yang boleh dibanggakan.

Nuinfra Mutiara Feedmill Sdn. Bhd. (NMF) yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu dan beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Terengganu dan beribu pejabat di Kuala Lumpur kini memberi sinar baru dalam bidang pengeluaran makanan haiwan ternakan dengan mengeluarkan pelbagai produk.

Produk-produk tersebut ialah palet makanan kambing, lembu pedaging, lembu susu, ikan (untuk permulaan pembesaran dan pengakhir), molasses (gula merah untuk ternakan) serta garam bukit.

Menurut Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan NMF, Mohamad Ikmal Hisham Mohamad Rodzizan, NMF yang mempunyai modal berbayar RM1 juta ditubuhkan bagi membuktikan keupayaan bumiputera dalam menceburi bidang perindustrian di samping mewujudkan perusahaan yang berdaya saing.

''NMF merupakan pengeluar dan pemasar makanan ternakan ruminan dan ikan yang boleh meningkatkan mutu kesihatan dan prestasi ternakan.

''Selain itu, kami menjalankan penyelidikan yang yang teliti bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti,'' katanya.

Kata beliau, penyelidikan yang dijalankan itu juga membuktikan bahawa pihaknya mampu menampung kekurangan bekalan bagi produk sedia pada masa kini.

Beliau berkata, kilang syarikat yang bernilai kira-kira RM7 juta siap dibina pada tahun lalu. Kilang beroperasi dengan tujuh kakitangan pengurusan dan 36 orang di bahagian operasi.

Aktiviti utama kilang adalah mengeluarkan makanan lengkap biofeed untuk ternakan ruminan dan ikan.

Produk kilang adalah menggunakan bahan-bahan seperti hampas isirung sawit (PKE), pelepah kelapa sawit (OPF), efluen kilang minyak sawit (POME) dan lain-lain.

Pemakanan ini juga dilengkapkan dengan organisma berguna atau beneficial microbes sebagai aditif.

Menurut Mohamad Ikmal Hisham, syarikat berkemampuan menghasilkan makanan ruminan sebanyak 50 tan sehari atau 18,000 tan setahun. Syarikatnya juga dalam rancangan menambah mesin pengeluaran bagi menampung permintaan yang tinggi.

Ketika ini, produk-produk yang dihasilkan dipasarkan ke seluruh negara.

Syarikatnya juga dalam usaha untuk mengeksport makanan ternakan ke Brunei dan Korea dalam masa terdekat, kata beliau.

Permintaan terhadap produk-produk mendapat sambutan kerana memperoleh sijil halal dan berkualiti.

Tetapi yang penting bagi beliau ialah makanan ternakan dengan jenama Mutiara Feed yang dihasilkan menggunakan formulasi khas dengan pemilihan bahan mentah berkualiti dan menjamin keseimbangan nutrisi yang lengkap.

Mutiara Feed juga mampu meningkatkan selera makan ternakan berdasarkan kepada bau dan rasanya, dan memperbaiki kecekapan pertukaran makanan (FCR) untuk memaksimumkan kenaikan berat ternakan.

Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi mikrob itu juga menjadikan haiwan lebih sihat, sekali gus mengurangkan penggunaan ubat-ubatan, mempermudahkan sistem penghadaman serta mengurangkan stres.

Bagi makanan ternakan ikan, Bio Mutiara Fish pula, ia sesuai digunakan untuk ikan patin, keli dan juga tilapia dan mengandungi 32 peratus protein dan vitamin.

Mengenai makanan ikan ini, NMF mampu mengeluarkan sebanyak 700 tan sebulan.

Hasilnya, perusahaan ini diyakini dapat membantu menjana ekonomi Malaysia dalam bidang perindustrian dan memajukan penternak-penternak kecil seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada rakyat Malaysia.

NMF juga sedang merancang bagi membuka kilang memproses makanan ternakan dengan kapasiti yang lebih besar bagi menampung keperluan tempatan dan luar negara.

NMF juga menawarkan peluang kepada syarikat dan individu yang berminat menjadi pengedar bagi produk keluarannya. Sebagai mentor, NMF akan membuat pemantauan kepada semua pengedar-pengedarnya bagi memastikan produk keluaran sampai kepada pengguna dan penternak di seluruh Malaysia.

Maklumat syarikat serta senarai pengedar berdaftar boleh didapati menerusi laman web www.nuinframutiara.com.my dan emel: admin@nuinframutiara.com.my atau nombor telefon 04-41496664/09-6670333

sumber daripada utusan malaysia

oleh LAUPA JUNUS

REMAJA TIDAK SERIK JADI MANGSA 'KENDURI SEKS'

KUALA TERENGGANU 27 Nov. - Akibat tidak serik mengikut teman lelaki termasuk yang tidak dikenalinya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dikatakan menjadi mangsa 'kenduri seks' enam lelaki dalam tempoh tiga hari.

Remaja perempuan itu dikatakan telah diperkosa keenam-enam lelaki terbabit dalam tiga kejadian berasingan sejak 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dalam kejadian pertama, mangsa yang berasal dari Kampung Gong Tok Nasek di sini dikatakan pergi ke rumah rakannya di Marang untuk menukar pakaian pada 11 November lalu.

Pada masa yang sama, katanya, remaja itu telah menghubungi teman lelakinya yang datang bersama dua rakan yang lain.

"Mangsa kemudian bukan sahaja dirogol berkali-kali oleh teman lelakinya tetapi dua rakannya turut mengambil kesempatan mencabul kehormatannya," katanya kepada pemberita di pejabatnya kelmarin.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, teman lelaki pelajar itu kemudian menghantar mangsa ke Dataran Shahbandar pada keesokan hari dan ketika sedang berseorangan, datang tiga lelaki tidak dikenali menjemputnya menaiki kereta.

Katanya, tanpa rasa insaf dengan kejadian pertama, mangsa mengikut ketiga-tiga lelaki terbabit ke Kampung Tok Molor di sini dan menjadi mangsa rogol kali kedua oleh dua daripada tiga lelaki terbabit.

"Walaupun telah berkali-kali menjadi mangsa rogol, remaja terbabit dikatakan mengikut lelaki lain yang tidak dikenalinya ke sebuah hotel berhadapan Pasar Besar Kedai Payang selepas kejadian itu," katanya.

Zamri menambah, mangsa yang ditemui oleh kakaknya pada 13 November lalu membuat laporan polis.

Polis kini sedang mengenal pasti kesemua suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

sumber daripada utusan malaysia

Friday, November 20, 2009

MAKA BERMULALAH IA...

salam...

arini rasa senang hati bila keje2 utk taun 2009 pun dh berakhir...sume keje dpt diselesaikan dgn baik...alhamdulillah...harap3 taun dpn dpt diperbaiki lagi kan kui3...la wt pe nk cite taun dpn kan lambat lgi...betul3...baik kita cite arini...bkn pe kita rancang utk taun dpn bio x kelam-kabut kui3....btul tu...sekurg2nya ada gak planning tu kan...
pg td actually x dok cite besh pun....cuma cam bese ja...x dok perubahan...klu ada pun besela sikit ja...mana2 membe yang dapat pindah...memasing berjuraian ayor mato...besela oghe pompuan kan...memasing kat sensitif...kita tgk ja ragam dorg hu3...x kan plak nk hugging kut mana ble...ha3...

beberapa ari lagi ni dok kemas apa yang patut...boi x dok brg yang tertinggal...bio uma nampak kemas...rasanya tuan uma dok kut dlm masa cuti ni...ntahlah...klu dia dok pon ok gak kan...aawat plak?...sekurg3nya ble tolong siram pokok yang cek tanam tu...btul gak....klu dia x dok sapa nk siram?...sapa nk bg baja?...sianla pokok tu hu3...harap3 sume ok la...x sabo nk tgu pokok tu berbuah hi3...almaklumlah suka sangat ngan ambra a.k.a kedondong n ciku...sekurg3nya bila family mai taun dpn ada la rezeki dorg kan kui3...

k nnti kita sambung di laen kali ya...tp x sure la sbb malas plak nk bawak laptop ni hu3...memberatkan ja...baik tinggal kt uma ja...x sabo nk balik uma...uma baru katakan...sume lantai mozek, ada kabinet baru kat dapur...besh3...nnti cek amik gambo byk3...pastu letak skit dlm blog ni...

we'll wait n see ya...salammm

HONDA CIVIC AKSESORI MODULO LENGKAP

Varian Modulo ini lebih tertumpu kepada aspek ketrampilan. Ia tentunya menjadi pilihan kepada generasi muda yang mahu menggayakan lagi model Civic mereka

CIVIC bukanlah model pertama dikeluarkan oleh Honda tetapi signifikannya ialah ia menjadi begitu popular pada awal kelahirannya, sekali gus membantu syarikat itu mengenepikan label pembuat motosikal dan bertapak dalam peta automotif global pada awal 1970-an.Kelahirannya pada 1972 di Amerika Syarikat (AS) juga adalah bersamaan dengan waktu krisis tenaga global yang pertama dan mendorong kesedaran untuk mendapatkan kenderaan yang jimat minyak. Sebagai sebuah kereta kecil, ia adalah begitu sesuai.

Namun yang lebih penting, Civic juga memenuhi peraturan kawalan pelepasan asap yang baru dan lebih ketat yang diperkenalkan di AS.Pengasas Honda yang merupakan penyokong kepada teknologi enjin pembakaran dalaman, percaya bahawa jurutera-juruteranya mampu menghasilkan enjin yang boleh beroperasi lebih bersih tanpa menambah komponen seperti catalytic converter.

Ia dibuktikan dengan penghasilan enjin CVCC ketika itu.Lebih tiga dekad kemudiannya, Civic kekal sebagai sebuah model yang popular dari Honda. Saiznya berubah dari segmen kompak kepada segmen bersaiz pertengahan hari ini.

Data Honda menunjukkan sejak kelahiran generasi pertama Civic pada 1972, lebih 19 juta unit Civic telah terjual di seluruh dunia.Di Malaysia, ia mula dipasang tempatan pada awal 1980 dan menurut data sejak 2002 iaitu dengan penubuhan Honda Malaysia, hampir 35,000 unit telah terjual.

Model Civic yang berada di pasaran sekarang iaitu generasi kelapan telah dilancarkan pada Mac 2006 dan kini lebih 26,000 unit telah terjual, menjadikan ia model paling laris dalam segmennya untuk tiga tahun berturut-turut.Para pelanggan boleh memilih pelbagai varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dari model asas hinggalah kepada model berprestasi tinggi, Type-R serta varian mesra alam sekitar enjin hibrid dan paling terbaru, dilengkapi aksesori penuh Modulo.

Dengan status populariti yang tinggi, Honda Malaysia berusaha memastikan agar model Civic yang ditawarkan memenuhi setiap lapisan pelanggan. Ini termasuk Civic Taffeta Generasi Ke-8, yang dijual khusus dalam warna putih pada 19 Okotber lalu.

Bagaimanapun, fokus minggu ini ialah model Honda Civic Modulo.Bagi pelanggan yang mahukan wajah lebih garang atau menyeronokkan, Honda Malaysia menawarkan aksesori Modulo yang lengkap (depan, belakang dan sisi) pada harga pakej RM5,000.

Sebelum bercerita lebih lanjut, Modulo adalah anak syarikat Honda dan aksesorinya dikilangkan mengikut piawaian yang sama dengan kereta Honda bagi memastikan ia diperbuat daripada kualiti yang tinggi.

Ia direka khas mengikut model kereta dan mematuhi elemen aerodinamik serta didatangkan dengan waranti.Maknanya, pemilik Honda disyorkan supaya menggunakan aksesori Modulo berbanding aksesori yang ditawarkan oleh mana-mana kedai - walaupun mungkin harga berbeza.

Namun demi ketenangan hati, waranti yang dikeluarkan menjamin segala masalah di kemudian hari tidak akan diabaikan oleh Honda Malaysia.Pakej aksesori Honda turut meliputi panel iluminasi pada tebing pintu (RM690 satu set) atau melindungi lantai boot kereta dengan talam khas (RM330). Bagi yang mempunyai anak kecil pula, kerusi bayi atau kanak-kanak yang datang dalam tiga pilihan model mengikut saiz (RM1,360 hingga RM1,540).

Turut ditawarkan ialah satu unit alat navigasi GPS keluaran Garmin Nuvi berharga RM2,440.Penulis tidak menyentuh mengenai aspek enjin atau prestasi model ini kerana ia adalah sama.

Varian Modulo ini lebih tertumpu kepada aspek ketrampilan. Ia tentunya menjadi pilihan kepada generasi muda yang mahu menggayakan lagi model Civic mereka.Dari segi harga, bagi enjin 1.8S Modulo ialah RM119,980 manakala 2.0S Modulo ialah RM134,980. Kedua-duanya harga atas jalan termasuk insurans.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh JOHARDY IBRAHIM
johardy.ibrahim@utusangroup.com.my

Thursday, November 19, 2009

NURUL FARHANA AKUR PERSEDIAAN SINGKAT



KUALA LUMPUR - Ketika rakan atlet yang lain lebih awal membuat persediaan ke Sukan SEA Laos, atlet angkat berat wanita negara, Nurul Farhana Johari hanya baru dua minggu memulakan latihan.

Peserta angkat berat kelas 63 kilogram itu terpaksa mengharungi persediaan singkat lantaran baru sahaja pulih daripada pembedahan akibat kecederaan pinggang dan hanya dapat memulakan latihan ringan sejak dua minggu lalu.

Menurut atlet kelahiran Jitra, Kedah berusia 21 tahun ini, dia akur tidak dapat menyertai skuad angkat berat negara lain menjalani latihan di China ketika ini disebabkan pembedahan yang dijalaninya.

''Saya mengalami kecederaan di pinggang ketika menjalani latihan di China sejak 2004 lagi.

''Jun lalu, saya menjalani pembedahan dan hanya pulih sepenuhnya dua minggu lalu.

''Setelah bebas daripada sebarang risiko kesakitan, saya menjalani latihan untuk ke Sukan SEA dan dengan persediaan yang singkat, sukar untuk meramalkan peluang saya.

''Namun, saya akan cuba untuk melakukan angkatan yang terbaik di Laos nanti,'' katanya ketika dihubungi kelmarin.

Nurul Farhana layak secara merit ke Laos apabila melakukan angkatan 90kg bagi acara snatch dan 110kg dalam clean & jerk pada kejohanan Asia di Kazakhstan Jun lalu.

Beliau pernah mewakili negara pada Sukan Komanwel 2006 Melbourne, Australia.
Nurul Farhana merupakan pemenang pingat emas dalam kelas 63kg pada temasya sukan Mini Olimpik, Julai lalu.

Walaupun tidak diletakkan sebarang prospek pingat, semangat enggan mengalah Nurul Farhana yang tetap bersemangat untuk beraksi pada Sukan SEA, wajar dipuji.

"Saya tidak sempat menyertai rakan-rakan mengadakan latihan di China kerana ketika mereka bertolak ke luar negara, saya masih mendapatkan rawatan dan belum pulih sepenuhnya.

"Latihan dua minggu yang saya jalani sekarang belum lagi memasuki peringkat sukar.

"Saya tetap bersemangat untuk ke Laos memandangkan ini merupakan penyertaan pertama saya di peringkat Sukan SEA.

"Sasaran saya untuk memberikan yang terbaik di Laos nanti, sekurang-kurangnya menyamai angkatan terbaik seperti di Kazakhstan tempoh hari.

"Saya menjangkakan cabaran dari atlet angkat berat Vietnam, Thailand dan Indonesia.

"Pada umumnya, kemampuan saya dan pencabar saya di kalangan rantau Asia Tenggara tidak banyak berbeza, namun saya tidak berani meramalkan peluang pingat,'' katanya.


sumber daripada utusan malaysia

SUP JAGUNG ISI KETAM

salam...

ya arini ada resepi spesel daripada sabah hi3...ye la dok sabah msti ada yang speselnya kan?...ada banyak gak tapi yang ni paling sedap la sebab klu ada jamuan makanan ni mesti ada...dgn erti kata lain, wajib. Klu x dok rasa mcm hilang serinya kah3...

cara nak buat simple je...bahan-bahannya ble tgk n cari la....k ni caranya

1- masukkan air dalam periuk panaskan
2- masukkan isi ketam yang dicarik halus
3- blender bwg merah, bwg putih, halia dan toskan
4- masukkan tepung jagung
5- masukkan jagung manis
6- masukkan lada sulah, garam dan telur
7- masukkan sebiji yelur
8- akhir sekali hiaslah dengan daun bawang

haaa pe lagi try la...sodap ooo

MUSIBAH PADANG ; TAZLIRAH DARIPADA ALLAH


Oleh MOHD. NORZI NASIR

Setiap musibah yang berlaku perlu diambil iktibar oleh manusia agar kita kembali semula kepada ajaran Islam sebenar.

HAMPIR dua minggu berlalu namun memori hitam di sebalik bencana tragis gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Ricther yang memusnahkan bumi Minang Padang, Pariaman Sumatera Barat, Indonesia pasca musibah pada 30 September 2009 seolah-olah sukar dilupakan.

Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja meragut nyawa, memusnahkan harta benda, malah mengundang kesengsaraan umat Islam yang tidak dapat digambarkan melalui luahan perasaan.
Mungkinkah masih wujud ruang dan peluang, bagi mengembalikan jati diri umat Islam lainnya sebagai seorang Muslim, bermuhasabah diri dan bersikap empati serta simpati terhadap nasib masyarakat Padang?

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (riwayat Muslim)

Namun bagi sebahagian umat Islam yang telah kehilangan gagasan dan pola pemikiran Islam yang sebenar dan produktif, tatkala mendengar permasalahan baru perasaan mereka nyata tidak tersentuh, nurani mereka tidak terusik terhadap musibah dan bencana yang menimpa saudara mereka iaitu umat Islam sendiri.

Mereka bagai kehilangan penyertaan untuk memberi bantuan. Adakalanya tidak memberi perhatian sama ada dalam bentuk sumbangan kemanusiaan seperti derma kilat, bantuan makanan, pakaian atau mendoakan kesejahteraan mangsa musibah.

Terpaterikah di dalam sanubari mereka akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Musibah: Peringatan bagi sekelian hamba-Nya

Allah SWT Maha Mengetahui terhadap semua yang dilaksanakan dan ditetapkan.
Mengingatkan mereka terhadap kewajipan sebagai seorang Muslim, yang merupakan hak Allah SWT dan mengingatkan mereka dari perbuatan syirik dan melanggar perintah serta melakukan yang dilarang.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

lDan tidaklah Kami memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakuti. (al-Israk: 59).

lDan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (al-Israk: 16)

lDan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). (al-Israk: 58)

Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan: "Pada suatu ketika, Allah SWT memberi keizinan kepada bumi untuk bernafas, lalu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Lantas akhirnya, timbullah rasa takut yang mencengkam dalam diri hamba-hamba Allah.

"Semua yang berlaku merupakan peringatan agar mereka bersegera bertaubat, berhenti daripada berbuat maksiat, tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta menyesali atas segala dosa yang telah lalu".

Simpati dan empati

Empati adalah kemampuan seseorang individu untuk peka, menyelami dan merasai serta mengambil tahu apa jua perasaan yang dilalui oleh sahabatnya dalam apa jua situasi dan keadaan.

Sikap empati menjadikan seseorang mudah untuk menterjemahkan apa yang dirasai dalam bentuk tindakan.

Sikap ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih-sayang, kasihan dan simpati adalah ibarat satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ukhuwah bertaut kasih bersemi

Islam menekankan prinsip dan hubungan saling tolong menolong di dalam lingkungan kehidupan manusiawi.

Allah SWT memerintahkan hamba-Nya saling bekerjasama di dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan melarang dari saling bekerjasama di dalam perkara dosa dan permusuhan. Ia beradasrkan ayat 2 surah al-Maidah.

Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat di atas menyebut, Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin agar saling tolong-menolong di dalam perkara kebaikan. Tolong-menolong merupakan kebajikan dan agar meninggalkan kemungkaran yang mana hal ini merupakan al-takwa.

Allah SWT melarang mereka daripada saling bantu-membantu dalam perkara dan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (Tafsir al-Quran al-Azim 2/7)

Sabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang barang siapa mendapatinya, dia akan merasakan manisnya iman, iaitu dia mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kepada selain keduanya, dia mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam api neraka. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Mengambil hikmah atas setiap musibah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Muhasabah diri merupakan satu cara atau alternatif untuk menyelamatkan seseorang daripada ditimpa bencana dan kesusahan hidup di dunia demi keselamatan hidup di akhirat.

Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu Muslim. Seseorang yang sentiasa bermuhasabah diri akan segera menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, "Seandainya kita dapat merungkai dan mengetahui hikmah Allah yang terkandung dan tersirat dalam setiap ciptaan dan urusan-Nya, nescaya kita akan temui betapa banyak hikmah.

"Sayangnya akal kita (manusia) sangat terbatas, pengetahuan kita amat sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini". (Syifa' Alil fi Masail al-Qada wal al-Qadr wa Hikmah wa Ta'lil: 452).

Allah SWT Maha Mengetahui atas apa jua musibah yang berlaku tersirat di sebaliknya hikmah yang tidak mampu diketahui oleh sekelian manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia jahat (buruk) bagi kamu. dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 216)

Nikmat sabar dan reda

Kesejahteraan bagi setiap hamba-Nya yang menemui ajalnya di saat musibah melanda dalam keadaan husnul khatimah (penghujung yang baik) hasil ketaatan, keimanan dan bekalan ketakwaan dan sifat sabar yang dimiliki.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 153)

Sebaliknya, kecelaan dan kerugian adalah bagi setiap hamba yang menemui ajalnya dalam keadaan su'ul khatimah (penghujung yang tidak baik) sebelum dan ketika musibah melanda lantaran alpa lalai bergelumang dengan maksiat dan mengingkari akan perintah-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besarnya sesuatu ujian. Jika Allah menyayangi suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang reda maka baginya keredaan, dan sesiapa yang murka (ingkar) maka baginya kemurkaan Allah SWT". (riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah).

Pendek kata Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (al-A'raaf: 96)

Di antara runtuhan dan air mata jangan kita hanyut dalam duka, jadikan musibah ini sebagai pengikat persaudaraan, buktikan kita berdaya, tunjukkan kita punya cinta

sumber daripada utusan malaysia

Wednesday, November 18, 2009

PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBAT

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing
Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

sumber daripada mysimplestory.wordpress
artikel dari www.istimewa2u.blogspot.com
Anda juga mungkin suka ini: Weight Management

ALAHAI....SIANNYA DIA NI

salam...

arini x do bende nk wt kt tmpt keje...busan sungguh hu3...tp arini jugaklah bermulanya medan pperjuangan dorg utk mendapatkan kecemerlangan pada masa akan datang ha3...x paham la...la pe lagi...arini spm bermula sudah ha3...so sapa2 yang amik spm taun ni wish u good luck ek...zaman pok cik dah berlalu kui3...

tgh bersiap2 nk dok lepak kt tmpt keje...tetiba adala sorg budak ni mntk tolong...tolong pe?..nk pinjam moto balik uma sbb slip exam tertinggal...mak aihhhhhhh camno la ble tertinggal...dh tu dia plak terlanggar ada kete org sampai patah nombor plate....siannya dia...tula kelam - kabut...ada lagi kekelamkabutan yang melanda kt dia...sian tul dia tu...dlm kelas masa nk jawab exam...air yang dia bawak tu tumpah plak...hu3...dia kata apalah malang btul nasib aku arini....sian kan

x pola dia dlm kecemasan...so aku bagilah pinjam....pasal nombor plate patah nk wt cmn....biarlah...igtkan x dok org nampak....rupenya ada org nampak gak...x polah...apa yang kesiannya kt budak tula...klu akula mcm tu...rasa mcm gelap dunia ini hu3...apa2 pon harap3 dia dpt jawab ngan ok la sepanjang exam ni hu...

k la kita sambung len kali ya

Tuesday, November 17, 2009

SKUAD NS DAPAT DURIAN RUNTUH


Mohamad Hasan menyerahkan wang tunai RM300,000 kepada ketua pasukan, Rezal Zambry Yahya sambil diperhatikan rakan sepasukan di Seremban, semalam.

SEREMBAN - Apa yang dijanji telah pun dikotakan. Selepas memperoleh RM150,000 kerana layak ke separuh dan akhir Piala Malaysia, semalam Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menyampaikan insentif dan imbuhan bonus sebanyak RM300,000 kepada pemain dan pengurusan kerana menjulang Piala Malaysia.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, 'hadiah' wang tunai itu juga termasuklah RM100,000 yang akan disumbangkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) atau Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan).

''Sehingga kini kesemua pemain dan pengurusan telah pun menerima insentif dan bonus sebanyak RM450,000 daripada PBNS," katanya pada majlis penyampaian penghargaan itu kepada pemain di Klana Resort di sini, semalam.

Hadir sama Naib Presiden PBNS, Datuk Ismail Lasim, Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd. Halim ABd Latif, jurulatih Wan Jamak Wan Hasan serta kesemua pemain kecuali S. Kunalan dan pasangan kembar Mohd. Aidil Zafuan Radzak dan Mohd. Zaquan Adha Radzak, yang kini menyertai skuad negara beraksi pada kelayakan Piala Asia 2011 di Uzbekistan.

Mohamad juga berkata, selain hadiah wang tunai itu, kesemua pemain akan dibawa ke Bandung, Indonesia bagi menjalani latihan persiapan menghadapi Piala Sumbangsih awal Januari depan.

''Di Bandung, mereka akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. Ini bagi menilai prestasi pemain dalam menghadapi Selangor, yang juga juara Liga dalam perlawanan pembukaan liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi," katanya.

Bagaimanapun, kesemua pemain akan dibenarkan bercuti selama 10 hari selepas siri jelajah dan perarakan kejuaraan Malaysia berakhir minggu ini di Port Dickson dan sekembalinya nanti, mereka akan membentuk satu pasukan yang mantap bagi menghadapi liga musim 2010.

''Kita tidak melakukan banyak perubahan dan hampir kesemua pemain sedia ada dikekalkan.

Buat masa ini, kita telah menyenaraikan 20 pemain, dengan lima lagi kekosongan akan diisi dari masa ke semasa.

''Mengenai Hairudin Omar, PBNS memang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan telah pun menawarkan tempat untuknya bermain dengan pasukan ini. Terpulanglah kepadanya untuk membuat keputusan segera," katanya.
Bagi musim akan datang, jurulatih Wan Jamak juga dikekalkan untuk terus membimbing skuad negeri ini selepas prestasi cemerlangnya membawa pulang Piala Malaysia yang kita nantikan sejak 61 tahun lalu.
Untuk itu juga, Mohamad berkata mulai musim hadapan pasukan negeri akan mengenakan jersi baru berwarna kuning apabila bermain di gelanggang sendiri dan menggunakan jersi merah apabila beraksi di tempat lawan.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
sukan@utusan.com.my

WHY DO WE READ AL-QURAN

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?'

The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.' Let’s read Al Quran together. Insya’ Allah.

source from internet

Monday, November 16, 2009

MIYUKI, SEMPORNA

salam

alhamdulillah...arini ari terakhir persekolahan...ya ka?...bkn utk kami tp utk bebudak ni hu2...maknanya sok sampai ari jumaat kna keje la ya?...gitulah gamaknya hu3...apa2 pn arini memang last skola pn...jd sok klu g keje pon x dok wt pe...cuma dok mengemas apa2 yang patut

pg tadi ada gotong - royong perdana...ramai gaklah bebudak yang dtg...pas tu ada wt perhimpunan kali terakhir utk sesi 2009...bebudak spm ngan stpm plak ada sesi bersalam-salaman sblm nk amek exam...nk amek berkat b restula katakan...

malam plak ada jamuan akhir tahun...kat mana?..ble la kat miyuki, semporna...mana tu?..ala tempat apek ngan maya karin berlakun dlm cite duyung..oooo tau2...tp kna bayar la sorg rm15...cek g 2 org so rm30 la kan ha3....x po setahun sekali lalala...

k la nnti kita sambung lagi naaaa

AKON SUNTIK LAGU WHITNEY



JUDUL Album: I Look To YouArtis: Whitney HoustonKonsep Muzik: PopEdaran: Sony BMG Music Entertainment

KOMEN: Whitney Houston bukan sahaja sudah lama menyepikan diri, malah dia juga tidak banyak tampil dengan lagu-lagu popularnya seperti tahun-tahun 1980-an yang menjulang namanya.

Namun, album terbarunya yang menampilkan 11 lagu ini menampilkan banyak lagu-lagu berentak pop dengan campuran R&B dan hip hop menampilkan lagu-lagu yang kuat melodinya.

Kekuatan penyampaian lagu-lagu dalam album ini bukan sahaja diperkuatkan dengan ‘tarikan’ suaranya yang lantang dan bersemangat.

Malah, album ini turut dilonjakkan lagi menerusi lagu berentak perlahan Like I Never Left hasil sentuhan duet Whitney bersama penyanyi kulit hitam popular masakini, Akon.

Lagu-lagu lain yang tidak kurang hebat terutamanya berentak perlahan berjudul I Look To You dan As Song For You di mana kebanyakannya menggunakan kekuatan sentuhan piano bagi menghidupkan lagi kesesuaian penyampaiannya.

sumber daripada utusan malaysia

Sunday, November 15, 2009

TAMAN RAMUAN: TUAI HASIL SENDIRI





Pokok cili, terung dan serai antara pokok wajib Taman Ramuan

USAHA memperkenalkan konsep 'Edible Garden' atau Taman Ramuan ilham Tun Jeanne Abdullah, kira-kira dua tahun lalu kini terbukti semakin digemari ramai. Selain memanfaatkan masa yang terluang, aktiviti berkebun ini juga menyumbang kepada ekonomi rumah tangga apabila pasangan suami isteri dapat berjimat cermat dengan menuai hasil titik peluh.

Lebih menarik, minyak kereta atau motor juga dapat dijimatkan apabila tidak lagi perlu ke kedai semata-mata untuk mencari dua tiga helai daun kari yang boleh dipetik di Taman Ramuan.

Tidak hairanlah, ramai yang berusaha membina kebun dapur di kediaman masing-masing walaupun laman hanya 'sekangkang kera' atau ruangnya terhad.

Pengurus Acacia Landscape Consultants Sdn Bhd, Norzwin Mohd Noor, berkata sudah ada pelanggan yang menanyakan mengenai Taman Ramuan itu sejak kebelakangan ini, termasuk mereka yang menginap di kediaman yang mempunyai laman terhad seperti rumah teres.

"Namun, secara umumnya mereka masih kurang jelas mengenai konsep taman ramuan yang sebenarnya dan menganggap ia hanya sesuai untuk laman di bahagian belakang atau dapur saja.

"Ini tidak tepat kerana hakikatnya, taman ramuan juga boleh di bangunkan di laman hadapan kediaman," katanya.

Norzwin berkata, antara pokok yang mendapat sambutan bagi penggemar Taman Ramuan ini adalah cili, terung, daun kari, serai, kunyit serta daun pandan.

"Selagi boleh, kami mahu menerapkan konsep taman ramuan dalam setiap rekaan landskap yang bakal dibina kerana ia lebih berbaloi ditanam. Kami akan menerangkan kepada pelanggan mengenai konsep kebun dapur ini serta fungsi tumbuhan yang diperkenalkan supaya mereka lebih faham dan menghargainya," katanya.

Norzwin berkata, kebiasaannya, kebun dapur yang dibina tidak terhad menggunakan tumbuhan boleh dimakan saja tetapi turut membabitkan tumbuhan hiasan untuk kegunaan aromaterapi dan herba yang menyembuhkan penyakit atau tumbuhan yang boleh dimanfaatkan pemilik kediaman seperti pokok halau nyamuk dan tongkat ali.

"Kami juga terapkan konsep kebun dapur bukan hanya dibina di kawasan sekitar belakang rumah sebaliknya menjadi penghias laman hadapan. Ini bermakna ia boleh diselang selikan dengan pokok bunga seperti mawar, bunga kembang pagi serta periuk kera," katanya.

Malah, katanya, jika diamati, tumbuhan herba yang boleh dimakan juga cantik sebagai penghias laman depan seperti pokok hati-hati, cili dan tongkat ali manakala periuk kera spesies pokok memanjat cantik menjadi penghias tepian pagar atau buaian kayu.

Beliau menjelaskan Taman Ramuan atau Kebun Dapur juga menerapkan elemen bau-bauan iaitu adanya pokok yang berfungsi mengharumkan laman seperti melur, tanjung dan bunga ros Jepun.

"Laman yang cantik bukan hanya menarik dipandang tetapi mempunyai fungsi tertentu untuk penghuni kediaman. Elemen deria perlu di ambil kira untuk membangunkan landskap kediaman kerana ia dapat meningkatkan lagi gaya hidup penghuni," katanya

Tip : Idea Taman Ramuan

1) Gabungkan deria untuk membangunkan Taman Ramuan seperti sentuhan, rasa, mendengar, melihat dan bau.

2) Pastikan gabungan yang sesuai - seelok-eloknya pokok ulaman tanpa perisa dengan pokok yang mudah diserang penyakit seperti pokok bunga tahi ayam dengan tomato.

3) Gunakan pasu dan petak kayu atau plastik serta hiaskan dengan batu sungai dan batu pasir untuk mencantikkan lagi taman.

4) Buatkan busut dan susun pokok secara bertingkat atau gunakan pegola dan sangkutkan pasu kecil di para-para untuk memberikan kesan eksotik. Boleh juga gunakan buaian.

5) Gunakan sabut kelapa kering untuk menutup ruang dan menaikkan seri taman

sumber daripada berita harian
Oleh Rohaniza Idris

BAYI PELIK RUSIA

Ali menjadi tumpuan ramai di Dagestan



Badan Ali Yakubov dipenuhi lakaran ayat suci al-Quran


SEORANG bayi sembilan bulan di pedalaman Kizlyar, Dagestan di selatan Russia, menjadi tumpuan ramai berikutan kemunculan lakaran petikan ayat suci al-Quran pada beberapa bahagian tubuhnya.

Kemunculan petikan ayat suci al-Quran berwarna merah jambu pada badan Ali Yakubov, bersilih ganti setiap dua kali seminggu iaitu Isnin dan malam Jumaat, yang berlaku seawal kelahirannya tetapi menjadi semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.

Ia timbul pada beberapa bahagian badan Ali seperti di belakang, kaki, perut dan tangannya sebelum pudar, lenyap dan muncul di bahagian lain.

Antara maksud lakaran itu termasuk ‘Allah Maha Besar’ dan ‘Allah yang menciptakan semua ini.’

Kejadian pelik yang turut disiarkan di internet itu bukan hanya mencetuskan tanda tanya ramai sehinggakan ada yang sanggup bertandang ke rumahnya setiap hari, tetapi juga misteri kepada pakar perubatan Russia yang sehingga kini belum dapat merungkai fenomena berkenaan

Keluarganya dan orang ramai menganggapnya satu keajaiban membuktikan kebesaran Allah SWT, apalagi di wilayah yang sudah lama bergelut dengan konflik berdarah antara pihak berkuasa Russia dan pemisah Islamnya, termasuk kejadian serangan bunuh diri yang mengorbankan ramai.

Pakar perubatan juga menafikan lakaran itu mampu menjelma sendiri atau ditulis seseorang, ketika pihak lain yang meraguinya menganggapnya satu masalah alahan kulit. Tidak kurang pula yang menuduh ia angkara ibu bapa Ali, Shamil dan Madina yang menggunakan cecair campuran lada dan garam bagi menjadikan Ali ‘bayi ajaib.’

Apa yang pasti, setakat ini, sekurang-kurangnya 2,000 orang sehari, berpusu-pusu mengunjungi rumah Ali setiap sejak berita kejadian pelik itu tersebar, termasuklah pakar perubatan dan wartawan pertubuhan media asing yang menyaksikan sendiri lakaran ayat suci pada kulit bayi comel berkenaan.

Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa mengawal rumah Ali bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Bagi ibunya, Madina, beliau mempunyai kisah tersendiri di sebalik fenomena yang dialami anak keduanya itu.


“Ali lahir tidak cukup bulan dan disahkan pula menghidap penyakit jantung serta kulitnya yang terlalu nipis sehingga menampakkan bahagian ususnya. Doktor ketika itu meramalkan dia hanya mampu hidup dua atau tiga hari selepas dilahirkan.

“Di celah kesedihan dan kebimbangan itu, kami perasan lakaran Allah pada dagunya tetapi menganggapnya satu tanda lahir. Tidak disangka pula, berkat doa kami kepada Allah SWT dan dengan kemunculan ayat suci itu, kami dikejutkan berita Ali pulih daripada semua penyakit itu.

“Malah, doktor yang merawatnya juga kehairanan bagaimana penyakit yang boleh meragut nyawanya itu, mampu lenyap begitu saja. Buktinya, Ali mampu hidup sehingga ke hari ini,” kata Madina yang dipetik media tempatan dan antarabangsa.

Menurut Madina, Ali lazimnya mengalami demam panas sebelum dan ketika kemunculan petikan ayat suci berkenaan. Anak kecil itu juga sering menangis selain lebam pada bahagian tertentu badan yang disusuli dengan kemunculan petikan ayat suci.

Anehnya, biarpun diberi ubat, demam dialami Ali itu tidak kebah dan lazimnya hilang sendiri selepas kemunculan ayat suci berkenaan.

“Kami menganggapnya satu keajaiban serta peringatan daripada Allah,” kata Madina.

Pemimpin Kizlyar, Sagid Murtazaliyev, pula menyifatkan kejadian itu satu pesanan Allah SWT kepada penduduk supaya kembali mengamalkan tuntutan agama dan mengingati konflik berdarah di kawasan itu

sumber daripada berita harian

HANTU RAYA TUMPANG MOTOSIKAL


Enjin kenderaan tiba-tiba mati sebaik tiba di kawasan yang dibersihkan, bersebelahan rumah usang

KEJADIAN ini berlaku ketika bulan puasa menghampiri dan selain bersiap sedia untuk memulakan ibadat puasa, umat Islam turut mengambil kesempatan mengumpul rezeki dengan berniaga di bazar Ramadan.

Tidak ketinggalan Abidin yang berhasrat menjual air soya berhampiran rumahnya. Bagi tujuan itu dia membersihkan tanah terbiar berhampiran rumah di Butterworth untuk dijadikan tempat berniaga.

Di sebelah kawasan itu, tinggal seorang warga emas yang sudah kematian isteri. Rumah usang yang diduduki warga emas itu mengundang seram sesiapa yang memandang terutama pada waktu malam kerana sudah diketahui satu kampung dia membela hantu raya.

Warga emas yang digelar orang kampung Pak Yim itu juga sudah nyanyuk dan kadang-kadang kelihatan berbogel berjalan mengelilingi rumahnya. Makan minumnya dijaga jiran yang bersimpati dengan Pak Yim.

Abidin memang kenal benar dengan Pak Yim kerana dia pernah mengunjungi orang tua itu meminta dia menunjukkan makhluk peliharaannya. Dengan berpura-pura ingin menuntut ilmu sesat itu, dia berjaya memperdayakan Pak Yim memperlihatkan ketujuh-tujuh makhluk berkenaan.
“Mulanya, ia datang dalam bentuk kucing yang besar. Lebih kurang sebesar anjing sebanyak tujuh ekor. Tidak berpuas hati, saya minta dia tunjuk dalam bentuk sebenar makhluk itu. Kemudian, muncul tujuh ekor ular yang besar.

“Saya merayu dia menunjukkan rupa sebenar. Tidak lama selepas itu saya nampak lembaga yang besar dan hitam dengan mata merah menyala. Menyedari niat saya dan rakan hanya mahu melihat makhluk itu, bukan untuk menuntut ilmu, Pak Yim menghalau kami.

“Saya pernah bertanya mengapa dia tidak membuang makhluk itu kerana dia sudah tua. Namun katanya dia sayang,” kata Abidin.

Abidin tidak berasa risau membersihkan semak samun di sebelah rumah Pak Yim kerana tahu tanah itu bukan kepunyaan orang tua berkenaan. Makhluk peliharaan Pak Yim cuma menjaga harta bendanya saja.
Hampir separuh hari berhempas pulas, Abidin tersenyum lega melihat tanah sekangkang kera itu sudah bersih. Kini dia cuma membilang hari memulakan perniagaan air soya.

Malam itu, Abidin ke rumah rakannya untuk membincangkan perniagaan mereka. Perbincangan yang disangka cuma sekejap rupanya mengambil masa panjang. Selepas jam 12 tengah malam Abidin akhirnya meminta diri untuk pulang.

Dia sedikit pun tidak berasa takut menaiki motosikal untuk balik ke rumah yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah rakannya. Dia sudah biasa balik ke rumah pada waktu dinihari.

Bagaimanapun, sebaik melintas kawasan baru dibersihkannya petang tadi, motosikalnya tiba-tiba berat dan enjinnya mati.

“Kenapa pula motosikal ini tiba-tiba buat hal. Tadi elok saja. Minyak habiskah atau tayar pancit?” Abidin menyoal diri sendiri tanpa mengesyaki sebarang perkara lain.

Sedang asyik tertanya sendiri, dia tiba-tiba terpandang cermin sisi dan ketika itu semangat lelakinya sedikit tercabar. Daripada cermin itu, dia ternampak ada makhluk duduk membonceng di belakang dengan siung yang panjangnya kira-kira sejengkal.

Ketika itu, Abidin hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan bersungguh-sungguh menghidupkan motosikalnya. Hanya selepas melepasi kawasan itu, barulah motosikalnya kembali bergerak laju.

Abidin tidak menoleh ke belakang lagi. Dia terus memecut sehingga sampai di rumah. Abidin tidak terus masuk, sebaliknya untuk beberapa minit dia terus berada di motosikalnya untuk mengumpul semula kekuatan. Berikutan itu, hasratnya untuk berniaga pada bulan puasa dibatalkan.

Beliau bukan yang pertama diusik makhluk peliharaan Pak Yim kerana sebelum itu ada beberapa orang pernah diganggu tetapi tidak sampai menunjukkan rupa seperti yang berlaku kepadanya.

Seorang rakan abang Abidin pernah dimarah ayahnya kerana disangka ingin berjenaka apabila memberitahu tidak boleh mengangkat kereta sorong berisi tanah yang tidak seberat mana.

“Mereka sedang membersihkan kawasan berhampiran rumah Pak Yim apabila Haikal memberitahu ayahnya kereta sorong berisi tanah itu amat berat. Ayahnya menyangka dia bergurau.

“Tiba-tiba Pak Yim datang dan berkata: ‘Jangan kacau mereka’, barulah kereta sorong itu boleh digerakkan. Rupa-rupanya Pak Yim datang memarahi makhluk peliharaan yang duduk di dalam kereta tolak itu,” kata Abidin.

sumber daripada berita harian

KEBERKATAN DUNIA DAN AKHIRAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

KELEBIHAN BERKHATAN


MUSIM cuti sekolah sudah tiba. Kanak-kanak melompat gembira kerana cuti persekolahan hujung tahun agak panjang. Berbagai rancangan telah diatur ibu bapa agar cuti kali ini memberi manfaat kepada anak-anak. Namun, sesetengah kanak-kanak lelaki mula gementar lutut apabila mereka diatur untuk berkhatan di musim cuti sekolah ini.

Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (muncung) zakar. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan. Sebagai satu tuntutan agama, berkhatan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun ke bawah bagi menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat lima waktu.

Kelebihan khatan

Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.

Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, 'kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah'. Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.

Kesediaan anak

Adakah anak-anak anda bersedia untuk dikhatankan? Sebagai ibu bapa, amat penting bagi kita memastikan fizikal dan minda anak kita sihat sebelum berkhatan. Ia dapat mengurangkan komplikasi. Kanak-kanak berada di dalam ketakutan bila mana ayah dan ibu menyuruh mereka berkhatan. Prosedur lebih mudah apabila kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan tenang dan faham apa yang akan dilakukan oleh doktor kepada mereka. Maklumat yang tidak tepat menyebabkan ada kanak-kanak menjerit semasa prosedur dijalankan, malah ada yang cabut lari.

Minda kanak-kanak lelaki perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum prosedur dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Berilah asuhan agama yang mendalam kepada mereka. Terangkan kenapa berkhatan digalakkan dalam agama Islam. Beritahu mereka kelebihan berkhatan. Membawa kanak-kanak lelaki ke majlis kenduri berkhatan adalah cara yang baik. Ia memberi idea kepada kanak-kanak tersebut betapa pentingnya berkhatan. Kadang kala, kita perlu menjanjikan benda kesukaan mereka seperti alat permainan komputer atau basikal jika mereka bersetuju berkhatan. Ianya bukanlah rasuah tetapi sekadar pemudah cara.

Andai anak lelaki anda bersetuju untuk berkhatan, maka bawalah mereka berjumpa doktor atau mereka yang bertauliah. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dan juga bagi menghindarkan komplikasi prosedur tersebut. Doktor perlu mengetahui dan memastikan zakar anak anda normal, anak anda tiada penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidap penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.

Prosedur

Bagi kanak-kanak yang normal dan sihat, pembedahan 'dorsal slit' adalah kaedah berkhatan pilihan Kementerian Kesihatan kerana ia mudah dan selamat. Kaedah-kaedah menggunakan peralatan moden seperti Tara Klamp atau Smart Klamp juga boleh digunakan. Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya dilakukan di klinik atau hospital swasta kerana kosnya adalah lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan di hospital atau klinik kerajaan.

Pada pagi sebelum ke hospital atau klinik, pastikan anak anda mandi dan beri penekanan kepada kebersihan zakar. Sebelum prosedur dilakukan, pastikan anak anda sudah membuang air besar atau kecil agar tiada sebarang masalah semasa prosedur dilakukan.

Selepas mendaftar dan borang keizinan prosedur ditandatangani, anak anda akan dimasukkan ke bilik pembedahan kecil. Anda boleh menemani anak anda dengan syarat segala prosedur bilik bedah diikuti. Sebelum prosedur, kawasan sekeliling zakar dibersihkan menggunakan bahan pembunuh kuman (disinfektan). Ia untuk memastikan kuman sekeliling tidak menjangkiti luka khatan kelak.

Ubat bius setempat diberikan agar anak anda tidak merasa sakit sepanjang prosedur. Malangnya suntikan ubat bius kali pertama sedikit menyakitkan. Sebaik sahaja anak anda mengatakan tidak sakit selepas kulit zakar mereka dikepit, maka doktor akan memulakan pembedahan. Untuk makluman semua, ubat bius hanya menghilangkan kesakitan. Anak anda masih boleh merasa zakar mereka disentuh dan dikhatankan.

Sebahagian kanak-kanak menganggap sentuhan gunting itu menyakitkan. Mereka akan menjerit kesakitan walaupun hakikatnya zakar mereka sudah kebas. Kanak-kanak sebegini akan diberikan ubat tidur atau ubat penenang. Pembedahan kecil ini kebiasaannya memakan masa antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada berlakunya komplikasi atau tidak.

Pemulihan

Selepas prosedur siap, zakar akan dibalut sedikit ketat bagi mengelakkan pendarahan dan mengurangkan bengkak. Anak anda akan dimasukkan ke tempat khas untuk memastikan tiada pendarahan selepas prosedur dan dibenarkan pulang selepas pendarahan dan kesakitan terkawal. Ubat penahan sakit (seperti paracetamol) dan antibiotik dibekalkan untuk lima hari berikutnya. Anak anda dinasihatkan agar mengelakkan pergerakan cergas dalam jangkamasa 24 jam selepas berkhatan.

Selepas prosedur, zakar anak anda akan membesar dan lebam. Jangan risau, keadaan ini adalah normal. Ia akan beransur sembuh dalam satu atau dua minggu. Peringatan! Ibu bapa diarahkan membawa anak mereka ke hospital dengan segera jika berlakunya pendarahan atau zakar membengkak luar biasa. Doktor akan membuat pemeriksaan dan jika perlu zakar anak anda akan dibius sekali lagi bagi membolehkan doktor mencari punca pendarahan dan menghentikannya.

Penggunaan krim berubat untuk mencegah jangkitan kuman tidak digalakkan kerana bahan ini kebanyakannya menghakis pertumbuhan tisu baru dan ini melambatkan proses penyembuhan.

Cara mudah untuk mengelakkan jangkitan ialah dengan merendamkan zakar anak anda ke dalam air suam yang sudah dimasak dan diisi satu sudu garam selama 10 hingga 15 minit berulangkali setiap hari sehingga luka betul-betul sembuh.

Sakit selepas berkhatan adalah fenomena yang normal. Kadar kesakitan adalah subjektif bergantung kepada persepsi kanak-kanak tersebut. Sebahagian daripada mereka tidak merasa sakit tetapi sebahagian pula mungkin melolong kesakitan. Jika ubat penahan sakit diperlukan, sila ikut nasihat doktor. Berlebihan dos atau kekerapan mengambil ubat tanpa panduan doktor boleh membahayakan nyawa anak anda. Sebagai contoh, berlebihan mengambil dos paracetamol mengakibatkan kerosakan hati dan kes sebegini telah beberapa kali berlaku di negara kita. Berjumpalah dengan doktor jika kesakitan tidak terkawal dengan dos ubat yang diberikan.

Jangan risau berkenaan benang jahitan pada luka zakar anak anda. Ia akan diserap dalam jangkamasa dua minggu. Jika luka telah sembuh dan benang masih wujud, dapatkan khidmat doktor untuk membuangnya. Membiarkan benang terlalu lama mengakibatkan wujudnya lubang-lubang kecil pada kulit zakar. Ia menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan semasa persetubuhan apabila mereka dewasa dan berkahwin kelak.

Kesimpulannya, berkhatan adalah pembedahan kecil yang amat digalakkan kerana terdapat pelbagai kebaikan yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik. Persediaan fizikal dan minda amat penting kepada anak anda agar prosedur yang dijalankan selamat dan anak anda akan sembuh dengan cepat. Nasihat saya, jika terdapat sebarang masalah selepas berkhatan, segera dapatkan nasihat doktor agar ianya tidak melarat. Wallahualam.

sumber daripada utusan malaysia