Friday, October 9, 2009

USAH DICUBA

sekadar tulis saja2...tp ini jgn sesekali dicuba ya...don't try this at home n this message is for you

Usah dicuba walau sesaat
Kerana sesaat mengundang bahaya
Derita melanda penghujung hayat
Hayat merana jiwa sengsara

Gelodak jiwa meronta
Sengsara angkara nafsu durjana
Durjana dadah perosak derita
Diri lara diri sengsara

Mengapakah ini yang kau cari
Hilang sudah maruah diri
Lenyaplah kini… tiada lagi
Nilai murni dalam hati

Pemuda pemudi harapan bangsa
Jangan enak dibuai leka
Kelak merana sepanjang masa
Tiada daya untuk menanggungnya

Al-Quran dan Sunnah asas agama
Tiang seri penghias jiwa
Sejahtera hidup sesama manusia
Tanpa dadah hidup bahagia

Mengapakah ini yang kau cari
Hilang sudah maruah diri
Lenyaplah kini… tiada lagi
Nilai murni dalam hati

Kerana keluarga hidup tertekan
Hingga tersalah memilih jalan
Rakan sebaya tempat pilihan
Sentiasa beringat wahai teman

Dadah dan ganja perosak bangsa
Jangan sesekali kita mendekatinya
Martabat bangsa dan juga negara
Akan tercemar seantero dunia

Marilah kita bersama
Bendung perosak dalam negara
Rakyat gemilang negara berjaya
Julang martabat negara serata dunia

Ayuhlah semua duhai bangsaku
Kita berganding bahu
Usah dilupa santapan minda
Sinar bahagia hidup selalu

No comments: