Sunday, February 7, 2010

AKHIRNYA BERJAYA JUA

salam....

mesti pelik bebenor bila bc tajuk ni kui3....bkn pe pon saja wt gempak ha3...actually mulut ni asik nk mengunyah je...tetiba ja lapo...pe lapo?...tu yg teringin nk makan agar2 tu hik3....laaa igtkan apa la...agar2 milo tu!....bese la x penah wt pon hu3....aritu ada gak try wt tp x jadi kui3...aritu try wt agar2 laici...hasilnya?...agar2 pecah n terlalu manis wooooooooo... ble kna penyakit klu terlalu manis ni wakakaka...

jadi kali ni try plak agar2 milo kui3...hasilnya?...agak ok berbanding sblom ni...pe rasanya?...lom mkn lg sbb baru je masukkan dlm peti ais pg td....tgk mcm sodap jo...x sabo2 nk mkn ni....
k jupe lenkali...adios

KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar


sumber daripada internet

Saturday, February 6, 2010

TAUFAN OLI RAGUT 1 NYAWA

ANTARA kediaman yang musnah akibat Taufan Oli yang melanda Paea, barat Tahiti, kelmarin. - AFP

PAPEETE, Tahiti 5 Feb. - Seorang lelaki berusia 40 tahun menjadi korban pertama Taufan Oli, setelah ribut itu melanda kepulauan Pasifik Selatan in semalam.Pesuruhjaya Tinggi Perancis, Eric Spitz berkata, mangsa dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir dan tiupan angin sehingga 200 kilometer sejam yang melanda Kepulauan Austral, beratus-ratus kilometer di selatan Tahiti.

Taufan Oli yang melanda kepulauan itu semalam, turut memaksa pemindahan beribu-ribu penduduk dan pelancong ke pusat pemindahan sementara di gereja, sekolah dan rumah ibadat lain.

Kepulauan yang merangkumi Tahiti itu dikategorikan di bawah paras amaran merah sehingga taufan berlalu dengan semua jalan raya ditutup.

Ombak besar turut melanda pantai di ibu negara Tahiti, Papeete, malah, televisyen Perancis juga memaparkan sebuah kapal tentera laut sedang terumbang-ambing di tengah ribut itu.

Kira-kira 3,500 penduduk di Tahiti dan Moorea yang berisiko dihanyutkan atau dilanda banjir telah pun dipindahkan, menurut pegawai.

Sementara itu, kira-kira 50 buah rumah telah musnah di Moorea.

Berpuluh-puluh penduduk dilaporkan mengalami kecederaan di Bora Bora, termasuk seorang mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas terjatuh daripada bumbung.

Bora Bora terletak di kepulauan Iles- Sous-le-Vent, manakala Tahiti dan Moorea berada di kepulauan lain yang dikenali sebagai Iles-du-Vent.

Magali Charbonneau, penasihat kanan pegawai atasan di rantau Perancis dalam siaran radio RFO berkata, kesemua penduduk yang dipindahkan telah ditempatkan di gereja-gereja dan sekolah.

Charbonneau meramalkan, ombak besar sehingga lapan meter akan menghempas pantai itu dan menggesa semua keluarga terutama kanak-kanak supaya menjauhi kawasan tersebut.

Ratusan rumah telah musnah manakala sistem komunikasi dan sumber kuasa telah terganggu akibat taufan itu. - AP

sumber daripada utusan malaysia

CHONG WEI TIADA TANDINGAN


Lee Chong Wei tidak menghadapi banyak masalah ketika menyingkirkan pemain muda negara, Mohd. Arif Latif untuk ke separuh akhir Grand Prix Kebangsaan Akhir di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

JOHOR BAHRU - Datuk Lee Chong Wei terus memburu satu lagi pencapaian terhebat dalam sejarah badminton tempatan apabila melangkah ke separuh akhir Grand Prix Kebangsaan Akhir untuk menghampiri kejuaraan kelapan berturut-turut semalam.

Selepas tamat tiga perlawanan pertama, jaguh No. 1 dunia itu terlalu unggul apabila menjinakkan semua lawan dengan mudah, dan mangsa terbaru adalah pemain pelapis negara, Mohd. Arif Abdul Latif yang ditewaskan 21-9, 21-17 untuk muncul juara Kumpulan A.

Chong Wei kini bakal diuji rakan seperguruan, Chan Kwong Beng, yang semakin menunjukkan peningkatan prestasi dan menjadi calon terbaik untuk mengisi skuad Piala Thomas.

Kwong Beng, yang menjadi rakan sparring Chong Wei sejak dua tahun lalu menjuarai Kumpulan C selepas mengejutkan pemain pelapis kebangsaan, Liew Daren 21-16, 22-20.

Satu lagi separuh akhir menemukan pemain senior, Kuan Beng Hong dan pemain pelapis No. 1 negara ketika ini, Tan Chun Seang.

Sementara itu beregu No. 2 negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif mengotakan janjinya untuk menggunakan Grand Prix Kebangsaan Akhir sebagai medan pemulih imej apabila melangkah ke separuh akhir selaku juara B.

Disingkirkan daripada skuad ke Seluruh England tidak mematahkan semangat bekas juara Terbuka Indonesia dan Singapura itu apabila menewaskan beregu senior, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng 24-22, 21-18.

Fairuzizuan-Zakry kini akan diuji satu lagi pasangan veteran negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di separuh akhir hari ini, manakala Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan Goh Wei Shem-Vountus Indra Mawan menempah satu lagi slot separuh akhir.

Separuh akhir perseorangan wanita pula menyaksikan dominasi empat pemain kebangsaan diketuai Lydia Cheah yang akan bertemu Sonia Cheah, manakala Yang Li Lian menentang Tee Jing Yi.

Dalamberegu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui unggul menjuarai Kumpulan A untuk berdepan Goh Liu Ying-Nairul Suhada Abdul Latif.

sumber daripada utusan malaysia
Oleh HANIZA HASSAN
sukan@utusan.com.my

Wednesday, February 3, 2010

RASA MALU

Sungguh beruntung orang-orang yang memiliki rasa malu. Islam telah memberikan tempat yang mulia bagi perasaan malu. Semaklah beberapa hadis berikut:

Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahwa Rasulullah S. A.W. lewat pada seorang Anshar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. (Ia berkata, “Sesungguhnya engkau selalu merasa malu”, seakan-akan ia berkata, “Sesungguhnya malu itu membahayakanmu.”) Lalu, Rasulullah S.A.W.. bersabda, “Biarkan dia, karena malu itu sebagian dari iman.” (Shahih Bukhari)

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi S.A.W. bersabda, “Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Bukhari)

*Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya dengan lafal Sab’uuna ‘tujuh puluh’, dan inilah yang kuat menurut pendapat saya, mengikuti pendapat Al-Qadhi Iyadh dan lainnya, sebagaimana telah saya jelaskan dalam Silsilatul Ahaditsish Shahihah (Muhammad Nashiruddin Al-Albani, -red)
Luar biasa kan, bahwasanya rasa malu itu bahkan di masukkan ke dalam salah satu bagian dari keimanan.

Dan yang lebih luar biasa lagi adalah bahwasanya Rasulullah saw, sang teladan terbaik umat manusia, juga memberikan keteladanan dalam urusan rasa malu.

Nabi S.A.W. lebih malu daripada seorang gadis dalam pingitannya. (HR Bukhari)

Hmmm.., lalu apakah rasa rasa malu yang kita miliki bisa menghambat kita dari pengembangan diri, dari tampil di muka umum, dari memberikan koreksi terhadap orang lain, atau dari kebaikan-kebaikan yang harus dilakukan dengan kepercayaan diri (PD), dan terkadang kita masih belum terlalu PD atau masih suka sering salah, seperti misalnya, berbicara di forum formal, forum massal, atau aktivitas yang terlihat orang?

Sesungguhnya bukan itu rasa malu yang sedang kita bicarakan. Rasa malu yang sedang kita bicarakan adalah perasaan malu untuk berbuat kemaksiatan, perasaan malu terhadap Allah, dan perasaan malu kalau tidak berbuat kebaikan. Nah, itulah rasa malu yang sebenarnya.

Kalau dalam konteks rasa malu untuk tampil di depan umum, belum percaya diri, grogi, takut salah, dll, maka mungkin itu lebih tepat digolongkan ke dalam rasa minda.

Karena sesungguhnya rasa malu itu punya tempat, dan rasa malu yang baik itu pasti kan membawa kebaikan bagi pemiliknya.

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi S.A.W.. pernah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan. (Shahih Muslim)

Jadi, jangan pernah malu jika mau berkembang, belajar, ataupun bertanya, meskipun untuk hal-hal yang terdengar sepertinya “tabu” jika harus diungkapkan di forum umum.

Semak kesaksian ibunda kaum muslimin ketika berbicara mengenai keutamaan wanita-wanita Anshar, yang menyatakan bahwa (kurang lebih), sebaik-baiknya wanita adalah wanita Anshar, rasa malu yang mereka miliki tidak menghalangi mereka dari memperdalam agama.

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Seorang wanita bertanya kepada Nabi SA.W.. tentang cara wanita mandi wajib dari haid? Hadis berkata: Kemudian Aisyah menjelaskan bahwa beliau mengajarkannya cara mandi. (Di antara sabda beliau): Engkau ambil kapas yang diberi misik, lalu bersihkan dengan kapas itu. Wanita itu berkata: Bagaimana cara membersihkannya? Beliau bersabda: Maha suci Allah! Bersihkan saja dengan kapas itu. Dan beliau bersembunyi. (Sufyan bin Uyainah memberi isyarat tangan kepada kami pada wajahnya).

Hadis melanjutkan: Aisyah berkata: Aku tarik wanita itu mendekati aku. Aku tahu apa yang diinginkan Nabi saw, lalu aku berkata kepadanya: Bersihkan bekas darah haidmu dengan kapas itu. (Shahih Muslim)

Semak pula pertanyaan seorang muslimah yang sedang bertanya mengenai hal (sangat mungkin) berasal dari pengalaman pribadinya.

Hadis riwayat Ummu Salamah r.a., ia berkata: Ummu Sulaim datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi jika bermimpi? Rasulullah saw. bersabda: Ya, apabila ia melihat air (mani). Ummu Sulaim berkata lagi: Wahai Rasulullah, apakah wanita juga bermimpi? Beliau bersabda: Beruntunglah engkau. (Kalau tidak demikian), dari mana anaknya mirip dengannya. (Shahih Muslim)

Imam Ali r.a pun memiliki rasa malu, namun rasa malunya tidak menghalanginya dari mencari kejelasan dalam urusan agamanya, lihatlah bagaimana ia dengan cermat mengambil keadah untuk mengatasi rasa malunya.

Hadis riwayat Ali r.a., ia berkata: Aku adalah lelaki yang sering keluar mazi dan aku malu bertanya kepada Nabi S.A.W., karena posisi putri beliau. Lalu aku menyuruh Miqdad bin Aswad. Miqdad lalu menanyakan hal itu kepada beliau. Beliau bersabda: Hendaknya ia membasuh kemaluannya lalu berwudu. (Shahih Muslim)

Jadi, intinya, milikilah rasa malu, karena rasa malu itu memiliki keutamaan yang tinggi dalam Islam, sehingga akhirnya rasa malu itu bisa menghalangi kita dari berbuat dosa maupun kemaksiatan.

Namun, tempatkan rasa malu itu pada koridornya yang benar, untuk beberapa hal, menjadi seorang yang pemalu itu tidak tepat, contohnya ketika ingin menuntut ilmu, ataupun ketika kita akan berbuat kebaikan, karena sesungguhnya rasa malu itu membawa kebaikan.

Wallahu ‘alam

sumber daripada internet

FORMULA DOA

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat.

Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

sumber daripada internet.
Harap maaf nota kaki tidak dapat disertakan aekali sebagai rujukan kerana di ambil daripada sumber internet

Tuesday, February 2, 2010

DUA JIWA SATU HATI


Dilema bagi Dr. Hassan (Fahrin Ahmad) apabila kembar siam, Lana dan Lina menyintainya.

KEUPAYAAN memilih subjek yang menarik merupakan antara faktor penting dalam menentukan terhasilnya sebuah cerita yang menarik. Bagaimanapun subjek hanya menjadi latar peristiwa sahaja disebabkan isu yang melatari sesebuah subjek perlu digerakkan oleh watak-watak yang dicipta.

Tanpa kekuatan watak yang menggerakkan plot cerita, maka filem tersebut akan lebih mementingkan susunan peristiwa tetapi watak gagal menguasai penonton.

Huraian diatas seharusnya menjadi asas mudah sebagai landas memahami plot filem Dua Hati Satu Jiwa arahan terbaru dari Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini mempunyai subjek yang cukup menarik yang belum pernah diteroka oleh filem tempatan. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar siam. Kelahiran kembar siam lazimnya menjadi perhatian masyarakat kerana fenomena ini dianggap kelahiran jarang berlaku. A. Razak Mohaideen dengan bantuan penulis skrip Wan Aida Wan Yahya dan Shaheed Salim sebenarnya telah memilih satu subjek yang sudah seharusnya mampu menarik perasaan ingin tahu masyarakat.

Ada banyak perkara yang ingin dilihat dan diketahui oleh masyarakat (dalam konteks ini adalah khalayak penonton filem). Namun dalam usaha memenuhi perasaan ingin tahu penonton, tidak bermakna pembikin filem perlu terperangkap kearah pembikinan filem dokumentari dengan berusaha memberi kuliah kepada khalayak. Sebagai sebuah filem cereka, pembikin filem seharusnya menjelaskan maklumat ini melalui kaedah struktur plot penceritaan. Sayangnya Dua Hati Satu Jiwa terlupa hakikat ini, lalu pada pembukaan filem ini ia berusaha memberikan maklumat tentang proses terjadinya kembar siam ini melalui grafik dan suara latar ala dokumentari.

Filem Dua Hati Satu Jiwa mengisahkan tentang sepasang kembar siam iaitu Lana (Fouziah Gous dan Lina (Yasmin Hani) yang terpaksa berpisah setelah lebih dari 20 tahun hidup bersama sebagai kembar. Mereka berjaya memasuki universiti, tetapi semasa di universiti berlaku banyak percanggahan pemikiran antara mereka lalu menimbulkan masalah yang memaksa mereka perlu berpisah melalui satu pembedahan. Selepas pembedahan yang dilakukan oleh Doktor Hassan (Fahrin Ahmad) timbul pula satu masalah lain apabila doktor ini jatuh hati dengan salah seorang daripada mereka iaitu Lana. Adegan distrukturkan dengan mementingkan jalinan peristiwa dalam plot filem ini lebih untuk mengundang kelucuan. Malangnya kelucuan sebegini menjadikan filem ini filem komedi yang terasa superficial.

Kisah kembar siam yang dilalui oleh Lana dan Lina lebih merupakan sebuah tragedi yang menuntut pemahaman lebih dari segi emosi. Ia bukan untuk sebuah komedi yang memerlukan kelucuan untuk mengundang tawa penonton dengan meletakkan beberapa peristiwa lucu.

Peristiwa yang dilalui oleh kembar siam Chang dan Eng (1811-1874) adalah peristiwa kehidupan yang penuh warna duka. Walaupun kisah mereka kemudian dipersembahkan dalam bentuk teater muzikal, tetapi yang dipaparkan adalah sebuah kehidupan yang menginsafkan. Kisah Lana dan Lina diinspirasikan daripada kisah pasangan tersebut dan pasangan kembar siam dari Iran yang pernah menjalani pembedahan tetapi mati kemudiannya.

Dalam Dua Hati Satu Jiwa kita tidak dapat merasakan elemen emosi yang seharusnya menguasai filem ini. Elemen emosi yang kuat hanya akan terjelma apabila penulis dan pengarah memahami perkembangan plot dan perwatakan dua watak utama filem ini iaitu Lana dan Lina dalam menjalani kehidupan mereka serta penerimaan keluarga mereka. Malangnya elemen keluarga yang menghadapi kenyataan kelahiran kembar siam ini tidak diperincikan. Apa yang kelihatan mereka adalah keluarga yang sungguh berada, gembira dan sentiasa memanjakan anak kembar mereka ini dengan kemewahan dan kita tidak melihat riak emosi kedua ibu bapa mereka (Mustapha Kamal dan Ziela Jalil). Memberi penekanan kepada perkembangan emosi pasangan kembar siam ini bukan pula bermakna filem ini harus menjadi melankolik sebaliknya sebuah tragedi yang menarik akan sentiasa seimbang dengan elemen komedi dan kelucuan yang mengharukan.

Apabila penulis cuba menamatkan filem ini dengan kemunculan watak kembar Hassan sebagai jawapan kepada pasangan kembar Lana dan Lina maka kita sudah tahu bahawa penulis mengambil jalan mudah dalam merangka cerita ini.

sumber daripada utusan malaysia