Friday, January 15, 2010

HAITI DISELUBUNGI SUASANA NGERI


PORT-AU-PRINCE 14 Jan. - Pemandangan menyayat hati dan keadaan panik menyelubungi suasana di ibu negara Haiti ini selepas negara ini dilanda gempa bumi kuat, kelmarin.

Mayat bergelimpangan di jalan raya, mangsa cedera terbiar tanpa bantuan dan kawasan sekitar bandar ini dipenuhui bangunan runtuh dan jeritan mangsa cedera meminta pertolongan.

Ambulans yang sibuk membawa penduduk yang cedera semalam terpaksa mengelak mayat yang bergelimpangan di jalan raya dan kumpulan lelaki yang berjalan kaki sambil membawa mangsa dengan pengusung.

Mangsa yang masih terkejut merayau-rayau dalam keadaan bingung, sesetengahnya melaungkan nama ahli keluarga, berdoa atau meminta pertolongan.

Mereka yang mengalami kecederaan duduk di tepi jalan dalam keadaan bingung, menantikan doktor yang belum pasti akan datang.

Helikopter pasukan pencari dan penyelamat berlegar-legar di udara, di atas mayat-mayat mangsa yang terlungkup dalam timbunan runtuhan dan keluli.

Di tempat lain penduduk yang diselubungi suasana panik merayu-rayu meminta bantuan.

"Beribu-ribu penduduk membanjiri jalan raya sambil menangis dan membawa mayat yang berlumuran darah, mencari sesiapa yang dapat membantu mereka," kata pengarah bahagian perkhidmatan bencana Salvation Army di Haiti, Bob Poff.

Beberapa ribu anggota polis Haiti dan askar pasukan pengaman antarabangsa dikerahkan semalam untuk membersihkan sampah-sarap, mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan.

Namun, kemampuan mereka terbatas di tengah kemusnahan meluas itu dan pencuri mengambil kesempatan untuk menggeledah kedai sebelum bersembunyi di kalangan mangsa yang hilang tempat tinggal dan membawa barang milik peribadi mereka.

Penjara utama di ibu negara turut runtuh dan banduan dilaporkan melarikan diri, kata jurucakap agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Elisabeth Byrs di Geneva. - AP

TIADA 'TANGAN GHAIB' DALAM AJL24


KEPUTUSANNYA muktamad. Panel juri yang bijaksana sudah pun melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) yang melabuhkan tirainya malam Ahad lalu.

Kemenangan lagu Pergi hasil kolaborasi dua nama besar industri muzik, Pete Teo dan Amran Omar boleh dikatakan keputusan yang agak mengejutkan.

Masakan tidak, sedari awal, ramai yang meramalkan lagu Bencinta ciptaan gandingan mantap, Audi Mok dan Faizal Tahir akan mengungguli AJL24.

Selain Bencinta, lagu Cinta Adam dan Hawa juga telah dicanang dari awal dan dilihat berpotensi untuk merangkul gelaran keramat itu.

Tetapi, sudah tertulis bahawa rezeki tidak berpihak kepada kedua-dua lagu itu untuk bergelar juara dan Bencinta hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga sahaja.

Puas hati atau tidak dengan keputusan AJL24, semuanya harus diterima secara terbuka.
Sehingga ke hari ini juga, pelbagai andaian dan dakwaan nakal mula diperkatakan.

Semuanya mengaitkan kemenangan lagu Pergi kerana ada unsur favouritisme! Kenapa mudah benar kita membuat telahan yang sedemikian.

Tolak ke tepi kalau benar andainya ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba mempengaruhi keputusan AJL kali ini.

Ini kerana bagi Ketua Juri AJL24 yang dilantik, Fauzi Marzuki, soal favouritisme langsung tidak wujud dalam pemilihan pemenang kali ini kerana 14 buah lagu yang bertanding untuk AJL24, semuanya memiliki kualiti yang tersendiri.

Malah katanya, barisan juri berdepan dengan situasi yang menyukarkan untuk memilih pemenang yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai juara.

Dalam soal ini, katanya, Pergi memiliki kriteria lengkap sekali gus layak untuk memenangi Juara Lagu.

“Lagu Pergi terserlah dengan sendirinya dan semuanya itu dapat dilihat dari awal lagi sejak penjurian dijalankan.

“Bukan itu sahaja, lagu ini turut memiliki emosi yang bagus dan apa yang penting adalah melodi serta liriknya diadun dengan baik.

“Malah, jika didengar lagu ini dengan teliti, ia miliki momentum untuk membawa penonton merasai apa yang cuba disampaikan menerusi karya ini biarpun ia merupakan sebuah lagu yang cukup ringkas,” katanya Fauzi sewaktu ditemui pada sidang media sejurus selepas AJL24 berakhir.

Kemenangan lagu Pergi itu melayakkan Pete, Amran dan Aizat membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Barisan juri yang dipilih untuk mengadili AJL24 terdiri daripada Hazami, Dr. Syed Ahmad Faizal Al-Attas (Pacai), Dr. Wan Zawawi, Fatimah Abu Bakar, Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Bagi Aizat, membawakan lagu Pergi bukanlah semudah yang disangka. Lagu itu menuntut penghayatan dan emosi yang begitu mendalam untuk menterjemahkan intipati lagu itu kepada khalayak.

Untuk itu, sejak dua minggu lalu sebelum pertandingan berlangsung dia sudah menyiapkan dirinya dari segi mental dan fizikal selain menumpukan aspek vokal untuk persembahannya.

Seperti mana kata Aizat sebelum ini, dia tidak mahu terlalu tertekan memikirkan soal kemenangan kerana dia hanya mahu memberikan persembahan yang dapat diingati dan dikenang.

Aizat yang turut bertanding menerusi lagu ciptaannya sendiri, Kau Aku memberitahu biarpun bertanding dengan dua buah lagu itu, itu bukan alasan untuknya melebihkan mana-mana karya.

“Syukur Alhamdulillah, sudah menjadi rezeki lagu Pergi untuk memenangi AJL kali ini dan saya memang tidak menyangka lagu ini akan menang.

“Ini merupakan kemenangan pertama saya menjuarai mana-mana pertandingan kerana sebelum ini saya memang tidak pernah menang apa-apa (ketawa),” katanya yang masih seperti tidak percaya dengan kemenangan besar pada malam kemuncak itu.

Dari kaca mata Aizat, lagu Pergi serta Kau Aku memiliki keistimewaan tersendiri dan sebagai penyanyi dia tidak memberi keutamaan pada mana-mana lagu sewaktu membuat persembahan.

Kekuatan lagu Pergi ujar anak muda berusia 20 tahun itu terletak pada situasi dan perasaan lagu itu yang mampu membangkitkan rasa kepada pendengar.

“Untuk AJL ini, saya rasa lagu tersebut banyak dibantu oleh muzik orkestra dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak,” katanya yang memberikan persembahan yang cukup menyentuh perasaan menerusi lagu Pergi yang menerapkan elemen 1Malaysia.

Persembahan Aizat pada malam itu dikuatkan lagi dengan penampilan penyanyi India bernama Alinda serta pemain erhu berbangsa Melayu, Endang.

Siapa pun tak dapat menafikan, saat menjuarai AJL merupakan momen paling indah bagi setiap artis yang mengecapi nikmat itu.

Tetapi, ada kalanya kemenangan itu dilihat seperti badi buat sesetengah pemenang yang kerjaya seni mereka tidak sehebat mana selepas menjuarai AJL.

Saat diajukan soal ini kepada Aizat, sebagai seorang anak seni yang masih lagi hijau dalam industri seni, dia mahu memandang semua aspek dari sudut positif.

Kemenangan AJL bukanlah satu titik noktah bagi anak muda ini sebaliknya, dia sendiri sudah merangka perjalanan seninya demi perjuangan serta minatnya dalam dunia nyanyian dan penciptaan lagu.

“Sejak awal menjadi artis, saya sudah tekad dan menanam impian untuk membawa muzik Melayu jauh ke peringkat yang lebih tinggi.

“Malah, saya juga tidak akan lemah semangat untuk terus belajar dalam mendalami ilmu muzik demi kebaikan saya sebagai seorang penyanyi dan komposer.

“AJL bukan garis penamat bagi kerjaya saya kerana perjalanan saya masih terlalu jauh dalam bidang ini dan apa yang saya harapkan adalah sokongan daripada semua pihak untuk saya bertahan lama dalam industri ini,” katanya penuh makna.

Mengulas kemenangannya untuk kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku, dia berterima kasih kepada ahli keluarganya dan warga kerja syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment yang bertungkus-lumus memerah otak dalam menzahirkan idea persembahannya.

Menampilkan lebih daripada 30 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari beberapa buah sekolah sekitar Kuala Lumpur untuk mengiringi persembahannya, ternyata ia pelaburan yang cukup berbaloi buat Aizat yang memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, naib juara yang disandang oleh Yuna menerusi lagu ciptaannya sendiri, Dan Sebenarnya juga tidak menyangka sama sekali akan meraih kemenangan pada malam itu.

Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini peluang menjejakkan kaki ke pentas AJL sudah memadai baginya dan apatah lagi untuk bertanding dengan karya-karya hebat lain membuatkan dirinya benar-benar terharu.

Seperti mana Aizat, pengiktirafan tersebut bagi Yuna merupakan pembakar semangat baginya untuk terus memperkasakan namanya di persada seni tanah air.

Dengan kemenangan itu, Dan Sebenarnya melayakkan Yuna membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

“Kini, saya sudah menjadi artis arus perdana dan bukan lagi artis yang bergerak secara indie. Sudah semestinya saya mahu terus berada lama dalam industri.

“Kerana itu juga, saya mahu terus meningkatkan prestasi saya sebagai penyanyi dan komposer sekali gus ia memberikan tekanan buat saya.

“Saya juga tidak mahu statik dalam muzik serta karya saya dan akan terus bereksperimentasi dengan elemen muzik baru,” jelasnya yang kini sedang sibuk menyiapkan album pertamanya dan juga sedang berunding dengan beberapa buah syarikat rakaman di Amerika Syarikat untuk menjadi artis rakaman di sana.

Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga, Faizal ternyata berpuas hati dengan kemenangan Bencinta yang dicipta bersama Audi.

Kata Faizal, dia gembira melihat Bencinta menerima pengiktirafan di AJL memandangkan sebelum ini dia agak skeptikal dengan penerimaan pendengar tempatan terhadap lagu tersebut.

MELOPONG MULUT

Masakan tidak, lagu tersebut memiliki rentak dan ritma yang cukup berbeza dan agresif serta berbeza dengan apa yang pernah dibawakannya sebelum ini.

“Pada awal Bencinta dimainkan di radio, saya menerima pelbagai reaksi terhadap muzik yang saya tampilkan menerusi lagu tersebut.

“Jadi, apabila Bencinta menang tempat ketiga malam ini, saya bersyukur kerana perubahan yang saya lakukan diterima dengan baik oleh peminat dan juri yang menilai karya ini.

“Sebagai pengkarya, saya tidak boleh menghasilkan lagu yang sudah saya lakukan sebelum ini dan harus berani mencuba sesuatu yang baru,” ujarnya yang kini sedang popular dengan lagu terbarunya, Selamat Malam dan akan muncul dengan album keduanya tidak lama lagi.

Hasil kemenangan itu melayakkan Faizal dan Audi memenangi wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi.

Menyentuh tentang persembahannya, Faizal memberitahu, dia mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan sebelum mengambil keputusan untuk beraksi di pentas AJL24.

Biarpun beraksi dalam kesakitan yang ditanggungnya sejak berbulan-bulan lalu, namun Faizal tetap optimis untuk tampil memberikan persembahan sebaik mungkin.

“Saya hanya memikirkan untuk membuat persembahan sahaja dan apa yang berlaku selepas itu tiada dalam fikiran.

“Mujur saya mempunyai penari yang banyak menghidupkan persembahan biarpun mengikut perancangan awal, saya sudah menyediakan pelan saya untuk menjadikan persembahan saya sesuatu yang besar,” katanya panjang lebar.

AJL24 juga mempamerkan kejutan yang membuatkan penonton melopong mulut apabila Black dinobatkan sebagai Vokal Terbaik.

Masakan tidak, berdasarkan persembahan pada malam itu, nama-nama seperti Alyah, Misha Omar, Aizat dan Hafiz antara yang memberikan mutu vokal yang mantap.

Masih lagi terkejut dengan keputusan itu, Black yang juga juara Mentor 3 itu menyangka kemenangan akan berpihak kepada Misha.

“Tetapi, inilah yang dinamakan rezeki dan penuh jujur saya mengatakan, memang saya idam gelaran ini tanpa memikirkan untuk memenangi kategori lain.

“Bimbang juga tidak mampu beraksi dengan baik memandangkan pada pagi pertandingan, saya tidak sihat kerana demam dan sakit tekak.

“Mujurlah, semuanya berjalan lancar dan saya bersyukur dengan kemenangan ini,” jelas Black yang tidak mempunyai sebarang perancangan lagi dengan wang kemenangan RM10,000 yang dimenanginya itu.

sumber drpd utusan malaysia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZALshazryn.faizal@utusan.com.myGambar AHMAD ZAKKI JILAN dan NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Monday, January 11, 2010

MENCARI DAMAI ABADI

Manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi ujian dan dugaan dalam hidup. Ia sudah menjadi lumrah hidup.Para nabi dan rasul juga ditimpa pelbagai kesusahan, penderitaan, ujian dan dugaan.

Mereka menghadapinya dengan dada lapang, dengan iman yang teguh, penuh sabar, yakin dan percaya kepada Allah bahawa segala ujian mengandungi hikmat dan rahsia. Mendekatkan diri kepada ajaran Islam boleh memberi kebahagiaan dan ketenangan jiwa.

Islam menyarankan syarat untuk mendapatkan ketenangan jiwa ialah melatih diri mengerjakan ibadat solat walau dalam apa jua keadaan pun.Ibadat ini mampu mengukuhkan jiwa dan peribadi kita.

Perlu disedari kadangkala manusia tidak berjaya mententeramkan jiwa yang gelisah bagi menghadapi kesusahan dan mengatasi kesedihan walaupun mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemewahan hidup.

Kehidupan dunia ini akan hilang dan berakhir, akhiratlah yang kekal abadi..

Orang yang mulia dan berpangkat di dunia ini tidak semestinya mulia dan berpangkat pula di akhirat. Boleh jadi orang yang kaya di dunia menjadi miskin kebaikan di akhirat. Orang yang miskin di dunia mungkin kaya pula di akhirat. Orang yang hina di dunia mulia di akhirat.

Manusia di dunia ini bagaikan musafir, dunia hanyalah tempat persinggahan sedangkan akhiratlah tempat menetapnya. Maka sesiapa yang menggunakan segala usaha, masa, kerja dan hartanya semata-mata untuk dunia, kemudian ia pergi meninggalkan dunia ini ke akhirat tanpa membawa sedikit pun amalan. Maka ia bagaikan orang musafir yang membelanjakan segala hartanya di tengah perjalanan, kemudian balik ke negeri dengan tangan kosong. Alangkah ruginya….

BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA..
BERIBADATLAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN MATI ESOK HARI…

CELOTEH MALAM

salam

jupe lg kita mlm ni hi3...actually x tau nk tulih pe...tp apa ek?...try jela...pejam celik pejam celik rupenya dh masuk taun ke-4 pak cik keje kan?..n sedo x sedo ghupenye dh masuk ke taun ke-2 coik kawen ha3...hasilnya?...uhuk3 blom rezeki lagi...insya ALLAH kita try...manala tau taun 2010 ada rezeki...

pada membe3 yang dpt anak tahniah....pada membe3 yg seangkatan ngan cek, kita sama usaha ek hu3...

bile masuk time keje...uhuk2...bertimbun2 plak...waaaaaaaa...harap2 dpt dimudahkanlah...byk ni tp ntah nape wt x tau je...mungkin wt slow2 kut...ntah la...klu tgk byk gak tp maybe la...kita buat saja ba...

x sabo rasenye nk naik kete baru...kete baru?...alza ke?...maybe...maybe?...ntahla tgh konpius lagi ni...nk beli ke x...awat plak?...duit x cukup lagi huwaaaaaaaaaaa...we'll wait n see la

kita sambung lagi sok deh

Saturday, January 9, 2010

MENCARI SINAR HIDAYAH

Sedari dulu hati ini mula merindu
mencari ketenangan jiwa dunia fana
menyelusuri jalan berliku
Rencah kehidupan fatamorgana

Ternyata datangnya sinaran
seiring kesungguhan mencari jalan
kebenaran jalan keredhaan
Itu yang diharapkan

Ya Rabbi…

Berikanku kekuatan
Menongkah arus kehidupan
Kuatkan iman dalam sanubari
Buat pedoman sebagai bekalan

Limpahkan cahaya maghfirah-Mu
Buat diri ini sering lalai
Mengharap sinar hidayah-Mu
Menuju titian hidup kekal abadi

Ya Ilahi…

Nikmat yang Kau beri
Tidak terhitung banyaknya
Tetapkan rasa syukur di hati
Menjadi insan bertaqwa

Sujudku pada-Mu Ya Ilahi
Rasa kehambaan dalam hati
Sebagai tanda rendah diri
Rasa pengabdian yang hakiki

Ya 'Azim…

Izinkanku dalam lindungan rahmat

buat bekalan sepanjang zaman,
Jangan Kau kembalikanku ke lorong gelap
jalan kepada kesesatan

Ampunkanlah kejahilanku selama ini,
Pimpinlah hamba-Mu yang lemah ini
Ke arah cinta-Mu
Cinta yang satu

RESEPI CAKOI


ni resepi amik drpd internet kui3...rasanye nk gak cuba wt....kita tgkla jadik ke x jadik hi3

Bahan-bahan ( 10 biji [15cm] )
1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil
tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking)
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng


Cara-cara
1- Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.
2- Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
3- Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
4- Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
5- Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
6- Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.
Ni gambar cakoi yg dah siap digoreng.


note:
Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak.
Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik.
Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar. Saiz yg i buat ni agak kecil sbb i guna periuk kecil utk menggoreng.

© Copyright 2007 myresipi.com, ada apa-apa komen dan juga idea?

Thursday, January 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1430H & SELAMAT TAHUN BARU 2010

salam alaik...

lama rasanya x meenulis dlm blog ni...adalah kira2 6 minggu kui2...awat lama x tulih?...beselah cuti panjang kan?...nk bwk laptop maleh...tu psl la x bukak intrnt ha3....apa2 pun masih blom terlambat lg nk ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1430H & SELAMAT TAHUN BARU 2010...moga2 taun ni lebih baik drpd taun sblom ni kan?...

pe azam taun br?...besela...klu ckp pun x wt gak kan?...so kite truskan jela apa yang terbantut sblom ni ha2...pe dia ek?...ntahla kui3....actually byk cite nk tulis dlm ni...sabo na....kita tulis skit2 dulu...nnti x larat plak nk baca wakakaka...

so jupe nanti ba