Sunday, January 20, 2013

MINGGU KE-3 2013

Assalam...kita bersua lagi dalam minggu ketiga persekolahan di sini...
'Let me think'...'should i tell you stories for the whole 3rd week in 2013 about school?'...rasanya macam bosan plak nnti orang bacakan hi3...ok...'here just' nak bagitau perkara-perkara yang agak mencuit hati sepanjang minggu ketiga ni....x nak cerita pasal persekolahan dah....bosan kan?...ok...'here we are'

SUP KONRO & SUP SAUDARA
Apa tu?...Makanan yang kami makan di area kedai makan di TAWAU...carilah sendiri ya hi3....klunya bersebelahan dengan masjid Besar Tawau....ooo....tapi apa sebenarnya SUP KONRO & SUP SAUDARA tu?....SUP KONRO tu SUP TULANG tapi kuah dia bubuh santan....rasanya macam LAKSAM plak...

SUP SAUDARA tu plak ada isi macam2...ada daging, ayam, perut....sama je rasanya cuma nama je berbeza...'seriously'...nama pun dah pelik kan tapi kami still mencuba hi3....mujurlah boleh ditelan n harganya pun x lah mahal sangat...dan gara-gara makan tu gak lak ada tulang yang melompat hi3....

SELIPAR AJAIB
Seperti biasa kalau pak cik pergi Tawau adalah pengikutnya kan....kali ini 2 orang..jam 8 pagi dh pun keluar dari rumah....cuma ada seorang tu rasanya x payah diberitahu namanya...biarlah empunya badan yang tahu...apa kes?..dia boleh x perasan yang dia pakai SELIPAR AJAIB dari rumah sampai la ke Tawau....SELIAPAR AJAIB?...maksudnya selipar kedua-dua belah x sama ha3....satu warana merah satu warna hitam....kamipon apa lagi....pecah perut dibuatnya....kepada tuan punya badan..minta maaf banyak2 ya hi3

SALAH ORANG
masa proses pembelian tiket AIRASIA ok...tapi bila masa nak buat pembayaran tiba-tiba 'internet hang' dalam 5 minit...x tau la proses pembayaran tu berjaya atau tidak...bak orang putih kata 'confirmed or not'...bila check pada booking ok...tp bila checkpada akaun belum 'deduct' lagi...malamtu jugak 'call' bank nk tanya pasal urusan pembelian tiket tu berjaya atau tidak....penatlah pak cik bercakap dari A-Z...rupanya yang 'pick up phone' tu security bank'....hmmmmm

'that's all for this weekend...see you later....

Sunday, January 13, 2013

MINGGU KE-2 TAHUN 2013

Assalam...
baru hujung minggu dpt 'update' blog yang x berapa ni....Agak2nya la...dh mula sibuk ke?...jawapan daripada tuan badan macamana ya?...mmmm...mungkin dh mula sibuk kit kot....ntahla....ok...nk mula bercerita tentang minggu ke-2 persekolahan...rasanya tidaklah sisibuk mana seperti yang difikirkan...iya ka?...tp boleh la dikongsi serba-sedikit di sini tentang ragam2 yang berlaku hi3...

RAGAM 1
Boleh pula tak ingat jadual sendiri padahal jadual tu memang sudah diberi awal....macamana pula boleh x ingat hu3...biasala...'excited' nak masuk kelas n balik rumah cepat kot sampai x ingat kelas lepas tu...Sepatutunya hari tu ada 2 kelas...kelas 3* n 3*, tp kelas yang kedua tu x masuk sbb mmg x ingat langsung...budak2 pula x panggil, masing2 mungkin x kenal siapa yang mengajar...tp sebelum tu mmg dh masuk pon di kelas tu...hu2 macam3

RAGAM 2
Selalunya kalau hari Isnin memang ada perhimpunan, tapi nk buat macamana kan?..hujan..itu ketentuan Dia....bagi pelajar itu memang rahmat sebab x perlu nak berhimpun di tapak perhimpunan...'why?"..dh habis perhimpunan 'confirm' ada 'spotcheck"...siapa yang ikut peraturan memamg selamat....siapa yang x ikut tu memang cari nahasla...tp bukan ini ragam yang nak diceritakan...

ceritanya macam ni...kelas paling awal 720 pagi...biasalah lambat sikit tp x la lewat sgt...tapi sampi kt kelas lebih kurg 725...tiba2 pengetua ada kelas tu...siap datang dengan pak 'guard' lagi....paling penting siap suruh budak panggil cikgu lagi...pak cik pun siap tya "Kenapa Tn Haji?"...dia pon jawab mcm biasa..."saja tengok3"..masalahnya kat sini pak cik sendiri x ingat yang dia tu sebenarnya meronda kelas nk tengok siapa guru yang x masuk kelas ha3...tapi pak cik plak boleh tya dia soalan mcm tu...ada faham ke ragam ni?...ntahla

RAGAM 3
Ramai pula budak2 yang tya pasal buku nota...tapi buku tu x siap lagi...'still in progressing' ha3...dorg je nmpk 'excited' tp bila belajar x tau la sejauh mana 'excited' mereka tu....bgtau kat budak2 tu tgu la minggu depan ha3....

RAGAM 4
Pertukaran jadual yang dibuat oleh guru jadual...ingat...pak cik x salahkan guru jadual ya...seronok sgt dpt jadual baru tu smpi guru jadual tegur...kenapa x bagitau yang kelas tu sebenarnya 'clash' dgn kelas lain ha3...pak cik ni سمعنا واطعنا dengan erti kata lain 'yang menurut perintah' lalala...pertukaran jadual 2 kali dalam seminggu...

oklah...stop dulu...takut larat pula nk baca nnti...see you later

Friday, January 4, 2013

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

Assalam...
Macamana rasanya minggu pertama persekolahan ni agaknya....semua berjalan seperti biasa atau kelam-kabut?...sebenarnya dua-dua pon ada...tp x lah rasa teruk sgt pun...sederhana macam selalu...cuma ada macam2 ragam yang berlaku kat sekolah tu ha3....ragam?..mai sini pok cik ceritakan

Ragam 1
Ramailah bdk2 petang datang ke sekolah dengan ibu bapa pd waktu pagi untk mendaftar tp sebenarnya bdk2 ni mmg pelajar petang pun....so petangla daftarnya...'kompem' masa 'last' sekolah tahun lepas x dtg sbb dorg 'cuti sekolah' awal drpd tarikh yg sebenarnya

Ragam 2
Tahniah kpd bdk2 'ex-pmr' 2012 sbb berjaya menaikkan peratus sekolah walaupon tidaklah sehebat sekolah di kl...namun itulah usaha semua pihak termasuk bdk sendiri sehingga membuahkan hasilnya....bak kata org Arab..."man jadda wa jadda...man zara'a hasoda"...'mean' siapa yg berusaha dia berjaya...siapa menanam mendapat hasil...

tapi ada lagi bdk yg masih lg fikir masih di tingkatan 3 padahal dh pon masuk tahun baru untuk tingkatan 4....

Ragam 3
Tatkala bdk2 sibuk nk berorientasi, belajar...cikgu2 plak sibuk dgn tugasan masing3...walaupun masih lagi minggu pertama persekolahan...buat rph, buat rpt, uruskan orientasi, spbt, asrama dll...smpi kat bilik guru x dak org...

tula mcm2 ragam yg boleh disimpulkan kn sini...sbnarnya byk lg ragam tp takut x larat plak org2 nk baca nnti ho3....

apa2 pon kita jumpa lain kali ya....assalam ;)

Tuesday, January 1, 2013

SALAM TAHUN BARU 2013

Assalam..
Alhamdulillah...pejamcelik pejam celik...rupanya dh pun masuk tahun baru 2013....moga2 tahun baru ni lebih baik drpd sblm ni.....n sedar x sedar rupanya dh lama x tulis dlm blog ni....almost 3 years x tulis apa2....smpi nama blog pon dh lupa ha3....apa2 pon tahun 2013 ni byk bnda nk buat....x perlu la nk bgtau kt sini.....nnti org kata "cakap je tp x buat pon"...so make a decision kita buat senyap3 la ye hi3....

Sunday, March 14, 2010

MESIN NANAS 3 DALAM 1

Susunan LAUPA JUNUS



Rosnah Shamsudin menunjukkan mesin nanas tiga dalam satu bersama pelajar Kejuruteraan Pemprosesan Makanan di UPM Serdang, baru-baru ini

INDUSTRI desa di negara kini merupakan salah satu bidang yang berkembang pesat terutama dalam penghasilan kuih-kuih tradisional seperti baulu, maruko , dodol, kuih semperit dan sebagainya

Tetapi kadang-kadang disebabkan permintaan yang banyak mereka berhadapan dengan masalah kerana kekurangan peralatan dan mesin untuk menghasilkan produk pada skala besar.

Apabila fenomena ini terjadi maka penyelidikan dalam bidang reka bentuk mesin makanan menjadi semakin penting sebagai sokongan kepada industri tersebut.

Salah seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rosnah Shamsudin, antara yang giat menjalankan penyelidikan menghasilkan mesin bagi membantu perkembangan industri desa itu.

Beliau sebelum ini menghasilkan mesin Coconut AutoSqueezer untuk memarut dan memerah kelapa bagi menghasilkan santan; mesin EZY untuk memasak jem dan pelbagai jenis sos dan mesin kuih bijan untuk menghasilkan kuih bijan atau kuih buah rotan.

Mesin lain termasuk mesin penggredan buah, mesin kiub nata de co co untuk membentuk kiub dan mesin penggredan buah.

Terbaru, Rosnah membangunkan mesin nanas tiga dalam satu untuk membuang kulit serta empulur, memotong nanas keping dan kiub.

Mesin itu mampu dimiliki dan sesuai untuk digunakan di rumah atau pengusaha dalam industri nanas.

Selain, ia dapat menjimat tenaga dan masa serta terjamin kebersihannya.

Mesin berkenaan diperbuat daripada besi tahan karat dan boleh beroperasi secara manual atau automatik dimana terpulang kepada pengusaha untuk memilihnya.

Rosnah yang juga pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan Fakulti Kejuruteraan, UPM berkata, beliau membangunkan mesin berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja membuang kulit nanas.

Beliau berkata, kerja-kerja berkenaan merumitkan dan maklumat yang diperoleh daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) mendapati bahawa hampir keseluruhan usahawan yang berkaitan dengan nanas seperti pengusaha jem, kuih-muih, nanas tin dan sebagainya masih memproses nanas secara manual.

"Dengan adanya mesin ini diharapkan dapat membantu mempercepatkan pemprosesan nanas.

''Selain itu, ia dapat menjimatkan tenaga dan masa serta terjamin kebersihannya,'' katanya yang dibantu Siti Zaharah Mustapa dari fakulti yang sama.

Beliau berkata, penyelidikan mesin itu yang dijalankan sejak tahun 2008 dan siap setahun kemudian. Patennya telah difailkan di Malaysia pada 13 November 2009 dengan dibiayai oleh UPM.

Menjelaskan lebih lanjut, Rosnah berkata, cara menggunakan mesin tersebut mudah iaitu buah nanas yang telah dipotong bahagian atas dan bawah, diletakkan di tengah mesin pengupas.
Tekan pemegang alat pengupas ke bawah dan mata pisau akan memotong kulit nanas dan empulurnya.Pemegang ditolak ke atas dan terhasillah buah nanas tanpa empulur.

Jika hendak dipotong kepingan pula, buah nanas tanpa empulur diletakkan di bahagian pemotong nanas kepingan. Ketebalan setiap kepingan nanas adalah 23 milimeter (mm).

Bagi pemotong nanas kiub , kepingan isi nanas disusun ke dalam rod. Kemudian tekan pemegang ke bawah dan mata pisau akan memotong isi nanas menjadi kiub.

Meskipun teknologi berkenaan masih di peringkat pra-pengkomersilan dan dibangunkan hasil usahanya bersama pembantu, ia turut mendapat khidmat nasihat daripada MPIB.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Datuk Abu Bakar Salleh berkata, walaupun teknologi mesin itu masih di peringkat pra-pengkomersilan, UPM mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mengkomersialkannya.

''Jika mesin ini dikomersialkan, saya yakin ia mampu membantu industri nanas negara selain menjimatkan kos buruh untuk mengupas buah nanas," katanya.

Mereka yang sesuai menggunakan mesin berkenaan ialah penjual buah nanas, pengusaha nanas tin, pengusaha yang berkaitan dengan buah nanas seperti usahawan kuih-muih seperti tart, sos, halwa, jem, jus, kosmetik nanas dan sebagainya,

Harganya akan diketahui jika mendapat ketetapan harga yang ditetapkan syarikat pengkomersialan.

sumber daripada utusan malaysia

TADIKA : 3 LELAKI DITAHAN

JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis hari ini menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes serangan tiga murid Tadika Sinario, Muar pada Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 25 dan 29 tahun itu ditahan di sekitar Muar pada awal pagi ini.

"Polis tidak menolak kemungkinan seorang daripadanya adalah suspek. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pos Polis Komuniti (CPP) di Taman Bestari Indah Ulu Tiram dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Polis Johor Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi Rabu lalu, tiga murid tadika Sinario di Muar, Nur Nadhirah Nabilah Mohd. Yusri, 6, Alex Tan Kar Eik, 6, dan Vincent Tee Hui Seng, 6, cedera di kepala akibat diketuk dengan tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman.

Dalam kejadian di tadika yang terletak di Jalan Abdul Rahman itu, pengetuanya, Voon Siew Kuin turut cedera di bahu kanan dan tangan kiri.

Semasa kejadian, suspek dikatakan memanjat pagar tadika sebelum memasuki sebuah kelas lalu memukul dan mencederakan murid terbabit.

Selepas menerima rawatan di hospital, Kar Eik dan Hui Seng dibenarkan pulang ke rumah setelah kecederaan masing-masing bertambah baik.

Bagaimanapun, Nur Nadrah Nabila pula difahamkan masih menunggu laporan kesihatan daripada doktor sebelum menjalani pembedahan dalam waktu terdekat kerana kaki kirinya masih lemah untuk berjalan.

Musa memberitahu, polis masih menyiasat motif sebenar serangan itu dan pada masa yang sama meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"Biarlah polis menyiasat terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, lelaki-lelaki berkenaan ditahan secara berasingan pada pukul 12.20 pagi berhampiran Bangunan Mara di Jalan Maharani dan Jalan Daud.

Menurutnya, seorang daripadanya memiliki rekod jenayah berkaitan kes samun manakala seorang lagi suspek berkaitan kes dadah.

"Siasatan awal mendapati dua daripadanya memiliki rekod pesakit mental dan pernah menjalani rawatan di Hospital Muar sebelum ini," katanya.

sumber daripada utusan malaysia

255 CALON SPM MEMPEROLEH GRED TERTINGGI A+

PUTRAJAYA 11 Mac - Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred Cemerlang Tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi.

"Gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu adalah lebih tinggi daripada gred 1A, bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.

"Bagaimanapun seramai 364,046 daripada 465,853 calon yang mendaftar layak mendapat sijil dan daripada jumlah ini, 199,155 calon lulus semua mata pelajaran," katanya sewaktu mengumumkan analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 di sini hari ini.

Sementara itu, Alimuddin berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

"Walaupun peratusan bilangan calon yang layak mendapat sijil adalah sama dengan tahun lepas iaitu 90.8 peratus namun terdapat pertambahan jumlah calon sebanyak 16,603," katanya.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

"Seramai 5,942 calon di bandar dan 1,243 calon dari luar bandar cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 4,750 dan 989 calon pada tahun lalu," katanya.

Sementara itu, di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, seramai 309 pelajar berjaya memperolehi gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 259 pelajar pada 2008.

"Seramai 12 pelajar berjaya mencapai gred cemerlang tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran. Sebanyak 19 sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus manakala 33 sekolah mencatatkan keputusan 90 hingga 99 peratus," katanya selepas meraikan 12 pelajar itu.

Di KELANTAN, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Ghazali Abdul Rahman mengumumkan negeri itu mencatat keputusan SPM terbaik untuk tempoh lima tahun dengan kelulusan keseluruhan meningkat kepada 94.02 peratus.

Katanya, sebanyak 18 buah sekolah mencapai 100 peratus kelulusan am dan keseluruhannya sebanyak 74 buah sekolah mengatasi peratus kelulusan negeri.

Di NEGERI SEMBILAN, berlaku peningkatan pencapaian calon SPM dengan catatan Gred Purata Negeri (GPN) pada kadar 5.22 berbanding 5.38 pada tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Jamali Salam berkata, seramai 16,087 iaitu 90.9 peratus daripada 17,729 calon yang menduduki SPM pada tahun lalu layak mendapat sijil.

Di KEDAH, Pengarah Pelajaran negeri, Shahidan Abdul Rahman berkata, seramai sembilan daripada 30,726 calon SPM sekolah kerajaan berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Katanya, 408 orang (1.33 peratus) calon pula berjaya memperoleh gred cemerlang A+, A, atau A- dalam semua matapelajaran yang diambil.

Lain pula, di SABAH apabila pencapaian SPM negeri itu menurun 0.46 peratus kepada 94.39 peratus berbanding 94.85 peratus pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Maimunah Suhaibul berkata, walaupun berlaku penurunan, pencapaian itu melebihi sasaran di peringkat kebangsaan iaitu 90.8 peratus.

Di PAHANG, keputusan SPM negeri itu menunjukkan jurang pencapaian sekolah bandar dengan luar bandar mengikut nilai Gred Purata Sekolah (GPS) berjaya dirapatkan.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, berdasarkan pencapaian SPM 2009, GPS bagi sekolah bandar ialah 4.58 sementara sekolah luar bandar pula ialah 5.33, berbanding 4.71 dan 5.54 pada SPM 2008.

Di PERLIS, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat mengumumkan negeri itu mencatatkan keputusan cemerlang dalam keputusan SPM termasuk peningkatan ketara dalam kelulusan di sekolah-sekolah luar bandar.

Katanya, sekolah luar bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Jaafar Hassan menunjukkan peningkatan peratus kelulusan keseluruhan iaitu 5.36 peratus, SMK Padang Besar Utara (2.0 peratus) dan SMK Abi sebanyak 0.34 peratus berbanding 2008.

Di TERENGGANU, negeri itu terus mencatatkan peningkatan apabila GPN 2009 mencatatkan pencapaian 5.08 berbanding 5.27 pada 2008.

Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong berkata, GPN itu juga mengatasi pencapaian pada peringkat nasional iaitu 5.34.

Sementara itu, di JOHOR , seramai 1,010 daripada 55,371 calon sekolah kerajaan dan persendirian di negeri itu lulus cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A-.

Pengarah Pelajaran negeri, Sufa'at Tumin berkata, bilangan calon cemerlang meningkat sebanyak 227 orang (0.21 peratus) berbanding 783 calon (1.71 peratus) pada 2008.

Di SARAWAK, seramai sembilan calon SPM mencapai keputusan berprestasi cemerlang tertinggi dengan mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang berkata, dua pelajar memperoleh 12A+, dua lagi mendapat 11A+, tiga pelajar 10A+ manakala dua pelajar 9A+.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Adenan Deraman mengumumkan GPN tahun ini adalah pada kadar 4.92 berbanding 5.12 tahun lalu.

Katanya, 21 calon berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi, A+ dan 648 calon pula memperoleh gred cemerlang (A+,A,A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Di SELANGOR, keputusan calon SPM negeri itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.57 peratus apabila seramai 57,117 calon berjaya mendapat sijil berbanding 52,656 pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pelajaran negeri, Sulaiman Wak berkata, kualiti pencapaian calon mendapat keputusan cemerlang juga bertambah apabila GPN dalam peperiksaan itu ialah 5.07 berbanding 5.29 tahun sebelumnya.

Di PERAK, seramai 718 daripada 39,215 calon SPM sekolah kerajaan mencatat gred cemerlang iaitu A+, A atau A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Di PULAU PINANG, Pengarah Pelajaran Negeri Ibrahim Ahmad berkata, seramai 26 pelajar memperoleh A+ atau gred purata kumulatif -0.00, manakala 717 pelajar mendapat kombinasi A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Pencapaian calon sekolah bantuan penuh kerajaan adalah membanggakan dan seramai 17,373 calon daripada 20,042 atau 87.71 peratus calon layak mendapat sijil iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu," katanya.

sumber daripada utusan malaysia