NABI Adam dan isterinya telah melanggar larangan Allah daripada memakan buah khuldi. Allah telah berpesan kepada Nabi Adam bahawa jangan mendekati pokok khuldi itu. Allah juga mengingatkan baginda bahawa iblis itu adalah musuhnya, tetapi baginda masih terpedaya dengan pujukan iblis tersebut.
Dengan perasaan sedih dan penuh penyesalan, Nabi Adam dan isterinya, Hawa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Nabi Adam berkata bahawa sesungguhnya baginda telah menganiaya dirinya sendiri.
Sekiranya Allah tidak mengampuni dirinya, baginda akan menjadi seorang yang rugi untuk selama-lamanya.
Dengan nada marah, Allah berfirman kepada Nabi Adam dengan mengatakan bahawa Dia telah memberikan tempat untuk Nabi Adam dan isterinya di syurga yang penuh dengan segala bentuk nikmat. Cuma satu yang dilarang iaitu memakan buah khuldi tetapi buah itu ternyata lebih diinginkan oleh Nabi Adam berbanding dengan segala isi lain yang ada di syurga.
Nabi Adam berasa sangat sedih apabila mendengar firman Allah itu. Air mata baginda dan isterinya jatuh berlinangan tanpa henti. Nabi Adam mengatakan bahawa baginda sungguh tidak menyangka iblis sanggup berbohong kepadanya dengan bersumpah atas nama Allah.
Allah memutuskan bahawa Nabi Adam dan isterinya harus meninggalkan syurga. Mereka akan diturunkan ke bumi. Di bumi mereka akan bersusah payah, mencurahkan keringat dan air mata untuk mencari rezeki.
Dengan air mata yang berlinangan, disulami dengan perasaan sedih dan takut, Nabi Adam bersimpuh sambil menundukkan kepala dan meminta ampun, "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!"
Air mata Nabi Adam dan isterinya semakin banyak bercucuran. Kedua-duanya menangis tersedu-sedu sambil menanggung penyesalan yang tidak terkira di atas kesalahan yang dilakukan akibat terpedaya dengan pujukan iblis itu.
l
Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.
sumber daripada utusan malaysia
Sunday, February 7, 2010
MANA BANTAL PELUK SAYA

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Foto HAYAT SUET
BU, mana Kiki?” soal Aliyah Afifah Zamrud kepada ibunya. “Tak payah bawa Kikilah. Kita nak pergi stesen minyak saja,” balas ibunya. “Ala, nak Kiki juga....” rengek anak sulung daripada tiga beradik itu kepada ibunya lagi.
Kiki yang dimaksudkan kanak-kanak comel berusia enam tahun ini adalah anak patung Garfield yang sudah berwarna pudar. Anak patung ini menjadi teman karib si comel ini sejak dia berusia satu tahun lagi.
Menurut ibunya, Suhaiza Sharudin, bukan sahaja anak sulungnya, malah anak keduanya, Aliyah Athirah juga mempunyai tabiat yang sama. Bezanya, si kakak mengendong Kiki manakala adik pula dengan bantal kecil yang sudah pun bertukar warna (bantal busuk).
Namun ibu berusia 34 tahun ini mungkin bernasib baik sedikit kerana Aliyah Athirah ‘merelakan’ bantal busuk itu ditukar sarung tetapi tidak isi dalamnya. Jika tidak katanya, malu juga memandangkan bantal ini mempunyai ‘corak’ tersendiri dan tidak lagi berwarna putih bersih.
Kedua-dua teman karib kanak-kanak dikendong ke mana sahaja mereka pergi.
“Balik kampung atau melancong sudah pasti dibawa. Keluar dari rumah untuk ke kedai sekejap pun hendak bawa malah ke taska juga, cuma mereka tinggalkan dalam kereta kerana malu dengan kawan-kawan,” katanya lagi.
Situasi seperti ini pastinya bukan sahaja dialami oleh Suhaiza malah ramai ibu di luar sana melalui pengalaman yang sama. Anak sukar untuk berpisah dengan teman akrab mereka - “si bantal busuk.”
Punca
Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.
“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.
Selamat
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.
Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.
“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.
Risau
Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.
Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.
Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.
Bantal busuk hingga dewasa
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.
Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.
Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.
sumber daripada utusan malaysia
DHA UNTUK WANITA HAMIL DAN BAYI

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, DHA (asid docosahexaenoic) menjadi tajuk perbualan hangat dalam bidang pemakanan. Pengeluar makanan menunjukkan daya cipta mereka dengan memasukkan DHA ke dalam produk makanan agar pengguna memperolehi DHA yang diperlukan.
Kini DHA boleh didapati dalam kebanyakan susu formula bayi, telur (Omega-3), tairu, jus, makanan kesihatan dan lain-lain.
Setelah kesedaran tentang kepentingan DHA meningkat, maka lebih banyak perhatian ditumpukan terhadap persoalan sama ada ibu mengandung dan yang sedang menyusu (susu ibu) akan memperolehi manfaat daripada tambahan DHA dalam diet mereka.
DHA untuk ibu mengandung dan yang sedang menyusu susu ibu
DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.
Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.
DHA daripada Sumber Diet
"Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHAnya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.
"Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.
"Daging organ, seperti hati.
"Sejumlah yang kecil didapati dalam kuning telur.
Nasihat memakan ikan dan amaran pemakanan daripada badan-badan pakar di USA
American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) semuanya telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa dalam rahim ibu.

Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, FDA mengesyorkan ibu mengandung dan menyusu dan juga anak-anak kecil supaya memakan tidak lebih daripada 12 auns ikan yang dimasak setiap minggu serta memilih pelbagai jenis ikan daripada memakan hanya satu jenis sahaja. Mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, tile dan ikan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras paling tinggi.
DHA daripada susu ibu berbanding DHA daripada minyak ikan
Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak tinggi dan sebaliknya mengandungi DHA hanya sekadar sederhana sahaja. Pada orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadam serta diserap. Tetapi, pada bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf. Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik!
Penyulingan molekular
Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Bagaimanapun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada kesan sensitif alat ujian yang diguna.
DHA daripada sumber sayuran (Alga) - Pilihan yang lebih selamat
Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga kini boleh didapati. Ia menyediakan pilihan lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu yang ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa cemas tentang toksin methylmercury atau kandungan EPA yang tinggi.
Martek Biosciences, dari USA, merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang berjaya mengeluarkan DHA daripada jenis-jenis alga yang dipatenkan dan ditanam secara besar-besaran dalam tangki penapaian yang ditempatkan jauh dari laut dengan menggunakan air yang ditapis - semuanya ini dikawal ketat di bawah syarat perkilangan GMP.

Dosej yang disyor
Pakar dari Institut Kebangsaan National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300 miligram DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk diambil semasa hamil dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan adalah disyorkan.
Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan kesejahteraan emosi ibu selepas melahirkan anak.
DHA Bersalut Enteric
Suplemen DHA yang diperbuat daripada kapsul sayuran bersalut enteric juga mempunyai keistimewaan. Salutan enteric melindungi kapsul itu daripada tindakan asid dalam perut, oleh itu memastikan kapsul itu akan hancur di dalam usus, dan tidak di dalam perut. Penyerapan DHA adalah lebih baik apabila ia diserap dalam usus. Selain itu, tidak akan terdapat rasa hanyir apabila sendawa. Ini merupakan perkara penting bagi ibu mengandung kerana beliau mungkin berasa terlalu sensitif terhadap bau-bau tertentu.
Membeli suplemen
Untuk memilih suplemen DHA yang baik kualitinya bagi ibu mengandung dan menyusu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran (alga) kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin mahupun EPA yang selalunya terdapat dalam kebanyakan suplemen yang sumbernya daripada ikan.
l Artikel ini disumbangkan oleh Live-well. Untuk maklumat lanjut mengenai DHA daripada sayuran, sila hubungi Live-well INFOline 03-6140 7605 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau e-mail kepada livewell2u@pahangpharmacy.com.my
sumber daripada utusan malaysia
BAYI 5 BULAN MATI DIPERCAYAI DILIWAT
PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.
Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.
Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.
Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.
Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.
Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.
Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
"Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.
Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.

KEK KEJU COKLAT CIP
BAHAN KEK KEJU:400 ml krim putar
10 gm gula kastor
80 gm tepung jagung
80 gm mentega
7 biji putih telur (buat meringue)
7 biji kuning telur
2 buku krim keju (sebuku 250 gm)
200 gm coklat chip
1 sudu besar jus lemon
BAHAN COKLAT GANACHE:
500 gm coklat masak
250 ml krim putar
120 gm mentega
1 sudu kecil minyak jagung
CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu pukul mentega, krim keju dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung dan pukul rata.
3. Campurkan kuning telur satu persatu bersama krim putar serta satu sudu besar jus lemon. Pukul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dibuat meringue bersama chocolate chip dan balik-balikkan bersama adunan tersebut.
5. Masukkan ke dalam bekas yang telah disalut dengan kertas alumunium dan letakkan di atas dulang berisi air. Bakar di dalam oven bersuhu 1600C selama satu hingga satu jam 30 minit.
6. Sejukkan di dalam chiller semalaman sebelum dihias.
7. Untuk menyediakan ganache, cairkan coklat masak, mentega dan krim putar mengunakan kaedah water bath.
8. Kemudian masukkan sesudu minyak jagung dan gaul sebati. Biarkan semalaman di dalam chiller hingga pekat. Hiaskan kek keju tadi dengan coklat ganache tadi. Taburkan gula aising di atasnya.
#Kaedah merigue: Pukul putih telur dengan pemutar 'whisk' hingga kembang dan gebu. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan seketika.
#Kaedah water bath: Ambil semangkuk air panas. Kemudian ambil mangkuk (kalau boleh yang diperbuat daripada aluminium ataupun besi tahan karat) dan letakkan di atas air panas tadi. Cairkan kesemua bahan di dalam mangkuk aluminium tadi.
sumber daripada internet sajionline.com.my
KEK OREN

BAHAN A:
200 gm mentega
1 sudu besar ovalatte
225 gm gula kastor
BAHAN B:
250 gm tepung superfine
1/8 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN C:
5 biji telur gred B
35 gm susu cair
1 sudu besar perisa oren
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A sehingga kembang lebih kurang lima minit.
2. Ayak bahan B dan masukkan bahan C ke dalam bancuhan A, pukul hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan bahan B ke dalam semua adunan tadi. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 hingga 180oC atau sehingga masak.
BAHAN KRIM:
BAHAN A:
250 gm krim keju
50 gm mentega
100 gm susu pekat
BAHAN B:
50 ml air gula (pekat)
BAHAN C:
BAHAN C:
Bahan perasa ikut suka
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A sehingga kembang dan masukkan bahan B.
2. Apabila krim sudah siap dan sapukan pada kek.
3. Hiaskan mengikut kreativiti anda sendiri
sumber daripada internet sajionline.com.my
KEK COKLAT DURIAN

BAHAN KEK SPAN:
250 gm tepung kek span
20 gm serbuk koko
75 gm coklat masakan
4 biji telur
50 gm mentega
50 ml air
Esen vanila
BAHAN PES:
100 ml krim putar
40 gm gula kastor
400 gm isi durian
BAHAN HIASAN:
200 gm coklat masakan
200 ml krim putar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk kek span, pukul telur dan mentega hingga gebu. Masukkan air, tepung kek, serbuk koko, coklat masakan yang telah cair dan esen vanila. Pukul hingga kembang. Masukkan ke dalam bekas dan bakar.
2. Untuk durian pes, pukul gula kastor dan krim putar hingga rata. Masukkan isi durian dan tambahkan krim putar.
3. Untuk hiasannya pula, campurkan campuran coklat masakan dan krim putar. Cairkan menggunakan kaedah double boil.
4. Setelah semua selesai, potongkan kek span nipis. Sapukan pes durian berselang-seli. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Hiaskan coklat masakan di atasnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)